Vaksin Haji dan Proses yang Perlu Anda Tahu
Dah terima panggilan daripada THIjari, tapi sampai sekarang masih runsing tak tahu bagaimana nak buat vaksin haji dan pemeriksaan kesihatan yang wajib tu. Bukan apa, tak faham proses sebelum pergi haji yang sebenarnya.
Persiapan menunaikan haji bukan hanya tentang barang apa yang perlu dibawa untuk kegunaan berhari-hari di sana, tetapi lebih penting lagi adalah bagaimana proses pemeriksaan, persiapan dan risiko kesihatan kita untuk berada di sana kelak.
Nak buat persiapan menunaikan haji kena faham dahulu flow atau proses haji yang sebenar. Baru tahu apa perkara penting yang perlu dibuat dahulu.
Ramai risau bila terfikirkan perlu sediakan dokumen, buat ujian pemeriksaan kesihatan , vaksin dan sebagainya. Bukan apa, kadang-kadang tak tahu caranya.
Jangan risau, ini adalah panduan lengkap proses haji yang meliputi persediaan wajib sebelum menunaikan haji. Salah satunya adalah proses pemeriksaan kesihatan dan proses vaksin yang sangat penting dilakukan oleh bakal jemaah.
Proses Haji Di Malaysia
Jom lihat sedikit panduan proses haji di Malaysia langkah demi langkah. Uruskan satu per satu proses haji ini bermula dari pendaftaran haji sehinggalah selesai urusan penerbangan ke tanah suci.
Pendaftaran Haji
Pemilihan Kelayakan
Bimbingan Haji
Pemeriksaan Kesihatan
Urusan Pasport
Jadual Penerbangan haji
Urusan Visa
Penerbangan ke Tanah Suci
Ketibaan di Tanah Suci
Sebelum proses pemeriksaan kesihatan dan panduan vaksin haji, ada yang masih berada di fasa pendaftaran dan semakan?
Nak mudah, guna aplikasi THiJARI sahaja untuk semak status pendaftaran haji. Tawaran haji akan dikeluarkan secara berperingkat di portal THiJARI. Jika tidak berjaya, jangan risau. Ada caranya.
Baru-baru ini, Doktor Reezal ada berkongsi kisahnya yang membuat proses rayuan haji melalui Pengelola Jemaah Haji (PJH) pada musim haji yang lalu. Selain dari engage dengan PJH, siap sedia dengan aplikasi THiJARI juga. Apabila proses rayuan haji sudah dibuka, cepat-cepat buat rayuan.
Bagi bakal jemaah haji yang berjaya, tahniah diucapkan!
Persiapan Menunaikan Haji
Wajib ambil tahu proses haji kalau dah terima panggilan haji. Bukan apa, persediaan sebelum pergi haji kena buat awal-awal. Kalau lambat, takut kalut nanti.Persiapan Kesihatan Menunaikan Haji
Proses haji memerlukan kita buat persediaan dari segi fizikal, mental dan rohani juga. Pergi haji bukan untuk berseronok santai-santai, tetapi untuk menunaikan ibadah haji bersungguh-sungguh.
Antara persediaan menunaikan haji yang sangat penting adalah perlu fahami ibadah itu sendiri, wajib melakukan pemeriksaan kesihatan, suntikan dan juga uruskan pasport untuk penerbangan ke tanah suci.
Paling penting adalah mengambil vaksin yang diwajibkan untuk menunaikan haji. Kalau anda ada masalah dan tak berjaya dapatkan suntikan, takkan dibenarkan masuk ke Arab Saudi nanti!
Hadir Ke Bimbingan Haji
Apabila menjadi bakal jemaah haji, penting untuk dapatkan bimbingan haji bagi memudahkan segala urusan ibadah dan fokus haji yang mabrur. Berikut adalah perkara penting yang perlu anda lakukan untuk mendalami ilmu ibadah haji.
Kursus Haji
Anda boleh mendaftar dan hadir ke kursus haji yang dianjurkan oleh Tabung Haji atau agensi lain yang bertauliah. Peserta kursus haji ini bukan dari bakal jemaah haji sahaja, tetapi turut terbuka kepada orang ramai yang ingin belajar mengenai ibadah haji.
Kelas Bimbingan Haji
Ada juga kelas bimbingan haji yang dianjurkan oleh agensi luar. Selain kelas fizikal, anda boleh melengkapkan diri dengan memahami ilmu-ilmu ibadah haji melalui menonton video, ceramah, membaca buku ibadah haji dan banyak lagi.
Pengalaman Orang Yang Pakar
Sekiranya ingin nasihat atau cerita yang lebih praktikal, tanya sahaja kepada mereka yang telah berpengalaman. Pentingnya untuk kita bersedia dari segi mental, fizikal dan rohani supaya dapat menjalankan tanggungjawab ibadah haji dengan sebaiknya.
Sediakan Dokumen Haji Yang Lengkap
Persiapan menunaikan haji juga adalah pastikan dokumen wajib untuk anda menjejakkan kaki di tanah Arab Saudi ini lengkap. Proses haji ini sangat mencabar dimana anda perlu memastikan dokumen haji anda lengkap semuaya.
Mendapatkan dokumen, salah satu proses sebelum menunaikan haji ini tidaklah sukar seperti yang anda bayangkan. Sekejap sahaja dah boleh selesai, terutamanya proses pemeriksaan kesihatan dan suntikan yang wajib dilakukan.
Antara dokumen haji yang perlu disediakan:
Passport
Kad Pengenalan
Gambar Visa latar belakang putih
Dokumen Pendaftaran Haji
Vaksin Haji (Suntikan Meningococcal)
Vaksin Influenza dan Covid-19
Laporan kesihatan (jika mempunyai penyakit kronik)
Dokumen Perhubungan yang disahkan (sekiranya pergi bersama mahram)
Visa Haji (diuruskan oleh agensi)
Insurans Takaful (diuruskan oleh agensi)
Pastikan semua dokumen di atas lengkap dan siap disahkan jika perlu. Simpan semua dokumen dalam keadaan selamat. Selain dokumen haji, pastikan anda jelas dengan jadual perjalanan pergi balik serta penginapan dan pengangkutan di sana.
3. Pemeriksaan Kesihatan Haji
Tujuan pemeriksaan kesihatan haji dilakukan adalah sebagai pengesahan dan rawatan awal sebelum menunaikan haji di tanah suci.
Sama ada bakal jemaah haji yang muda atau yang berusia, risiko sangat tinggi sekiranya anda mempunyai penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit buah pinggang, kencing manis dan sebagainya.
Proses haji juga memerlukan anda melakukan pemeriksaan kesihatan haji seperti yang diperlukan. Ini adalah proses medical check-up haji yang wajib. Sudah tentu, anda wajib ke klinik berdekatan yang menyediakan pemeriksaan kesihatan haji, tetapi bukan semua klinik itu sesuai ya.
Jenis Pemeriksaan Kesihatan Haji
Jenis pemeriksaan kesihatan haji yang perlu dilakukan adalah ujian fizikal dan ujian darah sahaja. Jadi, bagi yang takut berjumpa doktor, tak perlu bimbang. Pemeriksaan kesihatan haji yang dilakukan hanya seperti berikut:
Pemeriksaan fizikal:
Umum: Berat badan, tinggi, Body Mass Index (BMI)
Tanda vital: Tekanan darah, kadar nadi dan pernafasan, suhu badan.
Pemeriksaan khusus: Sistem saraf, thyroid, respiratori dan banyak lagi sistem tubuh.
Ujian makmal: Paras haemoglobin, gula darah dan lain-lain lagi.
Namun begitu, bakal jemaah haji juga boleh melakukan pemeriksaan kesihatan haji tambahan seperti ujian ginjal, EGC, saringan ECAQ, HbA1C dan banyak lagi mengikut keperluan kesihatan mereka.
Kepentingan Pemeriksaan Kesihatan Haji
Adakah medical check-up haji ini wajib dilakukan?
Ini antara persiapan menunaikan haji serta salah satu syarat menunaikan ibadah haji. Apa sahaja penyakit yang anda hadapi, jujur sahaja kepada pegawai perubatan, terus lakukan pemeriksaan awal kesihatan haji.
Ini sebab penting kenapa pemeriksaan kesihatan haji wajib dilakukan:
Memastikan jemaah yang mempunyai status kesihatan yang sihat dapat menjalani ibadah tanpa kesulitan.
Mengetahui tahap kesihatan bakal jemaah haji dan status penyakit yang dihadapi oleh bakal haji (jika ada) serta cara menguruskan risiko.
Menguruskan bakal jemaah haji yang memerlukan rawatan dan perubatan sepanjang berada di tanah suci. Contohnya pesakit buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis ketika berada di sana.
Sekiranya pemeriksaan kesihatan anda berjaya, anda perlu dapatkan suntikan vaksin haji pula. Bila ada doktor atau pegawai perubatan yang pakar dan berpengalaman, selalunya proses ini sangat senang dan kita pun mudah faham.
Vaksin Haji Yang Wajib Dan Pilihan
Siapa sangka vaksin haji ini adalah proses yang paling penting sekali! Ramai jemaah beranggapan bahawa proses ini agak sukar kerana tidak sedar kepentingan suntikan ini dari awal lagi.
Apabila fokus kepada persiapan sebelum menunaikan haji, proses suntikan sekejap sahaja boleh selesai.
Setelah selesai pemeriksaan kesihatan tadi, tiba masa untuk bakal jemaah mendapatkan suntikan vaksin haji pula. Dengar kata, umur 65 tahun memang wajib ambil vaksin ini?
Bukan sahaja umur 65 tahun ke atas, tetapi semua bakal jemaah haji wajib ambil suntikan Meningococcal ini. Sekali lagi ditegaskan, vaksin haji ini adalah wajib untuk semua bakal jemaah haji. Pendek kata, kalau tak ambil vaksin ini, tak dapatlah masuk ke negara Arab Saudi.
Adakah Bahaya Tak Ambil Suntikan Vaksin Haji!
Perkara yang paling dititik beratkan sebelum berangkat, menunaikan rukun Islam ke- 5 adalah lakukan pemeriksaan kesihatan dan pengambilan vaksin haji. Ini kesan bahaya yang bakal terjadi sekiranya anda masih lagi tidak mengambil sebarang suntikan vaksin haji.
Risiko Kepada Sesiapa Sahaja
Telah ditetapkan, bahawa sesiapa yang mahu ke Mekah wajib mengambil suntikan tersebut. Ada bakal jemaah yang mempunyai fikiran, mereka ini kalis risiko sakit, tak mudah terkena influenza, tak senang kena jangkitan udara dan sebagainya. Ingat, malang itu tidak berbau. Bila-bila pun penyakit boleh datang.
Risiko Penyakit Menyebabkan Kematian
Takde suntikan , menyebabkan banyak kes kematian yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga jemaah haji di seluruh negara.
Terutamanya yang mengalami demam meningococcal akibat imunisasi rendah dan mudah terkena penyakit yang bermula dari peradangan lapisan otak (meningitis) serta jangkitan dalam darah. Jangan main-main dengan demam meningococcal!
Kelompok Yang Ramai Dan Jangkitan Merebak
Vaksin haji ini sebagai pencegahan jangkitan kepada otak dan paru-paru. Penyakit ini sangat mudah didapati dalam kelompok manusia yang ramai. Suasana terlalu ramai orang ketika haji menyebabkan jangkitan ini mudah merebak.
Cuaca Dan Suasana Mencabar
Suasana di Mekah dan Madinah sangat panas dan kering, suhu pada siang hari adalah sekitar 40°C hingga 50°C, manakala pada malam hari, suhu menjangkau sekitar 20°C, tetapi masih tetap terasa panas. Namun, ia bergantung kepada musim sepanjang tahun.
Dengan cuaca yang sangat ekstrem begini, lebih tinggi risiko penyakit terutamanya dehidrasi dan strok haba. Sebab itu vaksin yang dikhaskan untuk bakal jemaah haji ini wajib untuk mengurangkan risiko jangkitan penyakit selama berjuang di sana.
Apakah Kesan Utama Selepas Suntikan Vaksin Haji Dibuat!
Dapat Selamatkan Ramai Nyawa
Tak sangka ini kesan utama selepas suntikan.
Jujur, memang tak sangka suntikan ini memang betul-betul mengurangkan risiko penyakit berjangkit dengan ramai orang di sana.
Penuh manusia dari seluruh negara, semuanya bernafas dan berkongsi ruang udara yang sama setiap hari. Takkan kita nak hadap dan terima penyakit macam tu saja?
Cegah Diri Dari Terkena Penyakit
Vaksin yang disuntik akan mengurangkan risiko penyakit berjangkit sepanjang selama mana kita menjalani ibadah di sana. Jika tak ambil langkah pencegahan yang selamat ini, cuba bayangkan hari-hari anda di sana dengan simptom influenza yang tiba-tiba terjadi.
Dekat tempat yang jauh, nak menghadap sakit lagi. Apa akan jadi pada ibadah haji kita dan masa kita di sana? Ditambah pula dengan perasaan ahli keluarga yang sangat risaukan kita.
Syukur sangat bila kita pergi haji dalam masa yang sama dapat melindungi diri dan orang lain. Akhirnya kita dapat mencegah penyebaran penyakit kepada mereka yang tidak bersalah.
Selamatkan Wanita, Kanak-Kanak Dan Warga Tua
Vaksin yang selamat dan berkesan dalam mencegah jangkitan virus berbahaya ini akan menghalang penyebaran penyakit kepada orang sekeliling yang lemah dan juga kelompok yang terdedah seperti wanita, kanak-kanak dan juga warga tua.
Kalau kita tak suntik vaksin haji, apa agaknya nasib mak, nenek atau anak-anak kita yang lebih mudah terdedah dengan jangkitan virus?
Oleh itu, wajib kita mengambil vaksin yang telah ditetapkan untuk pergi haji.
Jenis Suntikan Vaksin Haji
Vaksin Haji Suntikan Meningococcal
Suntikan Meningococcal Quadrivalent (ACYW-135) merupakan salah satu vaksin haji yang diwajibkan oleh kerajaan Arab Saudi untuk melindungi jemaah haji dari penyakit berjangkit yang mudah merebak melalui udara atau hubungan rapat.
Jenis Suntikan Meningococcal
Antara jenis suntikan Meningococcal yang terlibat adalah Menveo, Menactra dan juga Nimenrix. Vaksin khas untuk menunaikan haji ini perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum perjalanan bagi tempoh masa sah vaksin.
Malah, ia juga sah selama 3 hingga 5 tahun. Namun, tempoh sah vaksin haji ini bergantung kepada jenis vaksin tersebut.
Boleh dikatakan proses haji atau persiapan sebelum haji ini sangat penting kerana bukti suntikan vaksin haji ini turut direkodkan dalam Buku Rekod Kesihatan Antarabangsa. Ia perlu disemak semasa proses permohonan visa nanti.
Ini adalah suntikan yang wajib dalam proses haji. Anda disarankan untuk mengambil suntikan Meningococcal ini dari kami iaitu dari Klinik Bukit Serdang. Klinik yang paling berpengalaman, pakar dan dipercayai dalam pemeriksaan kesihatan haji dan vaksin haji.
Jika ada bakal jemaah haji yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur, senang sahaja, terus pergi ke Klinik Bukit Serdang untuk vaksin haji dan pemeriksaan kesihatan haji anda tanpa perlu buat temu janji. Mudah sangat.
Vaksin Haji Influenza
Selain dari vaksin haji suntikan Meningococcal, vaksin haji influenza juga disarankan supaya dapat mengurangkan risiko jangkitan selsema dan demam, terutamanya warga emas dan individu yang mempunyai penyakit kronik seperti asma atau diabetes.
Vaksin haji ini tidak wajib, tetapi ia sangat disarankan terutamanya kepada individu yang berumur 50 tahun ke atas dan mempunyai masalah kesihatan yang kronik.
Vaksin Covid 19
Sama seperti vaksin haji di atas, ia juga pilihan. Dapat mengurangkan risiko terkena jangkitan Covid 19 sepanjang melaksanakan haji di tanah suci. Jemaah disarankan untuk mendapatkan booster dan dos terkini vaksin Covid 19 ini.
Vaksin Haji Pneumococcal
Selain suntikan Meningococcal, vaksin Pneumococcal juga sangat disarankan kepada bakal jemaah terutamanya warga emas atau individu yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah, terutamanya mereka yang sangat berisiko tinggi terkena komplikasi paru-paru.
Individu yang berusia 50 tahun ke atas perlu mengambil vaksin ini terutamanya mereka yang merokok. Memandangkan radang paru-paru adalah penyakit utama yang sering berlaku di tanah suci Mekah, vaksin haji ini sangat-sangat penting.
Percaya atau tidak, penyakit berjangkit mudah merebak dalam kalangan jemaah, dan risikonya sangat tinggi kerana kita menghadiri perhimpunan terbesar manusia di dunia.
Bayangkanlah berapa ramai sosok tubuh manusia berada di sana nanti.
Jika kita tidak sayang diri, keluarga serta orang sekeliling, tidak mengapa kalau hanya buat ala kadar sahaja. Sebaiknya, penting untuk periksa betul-betul mana satu keperluan yang perlu kita ambil.
Pemeriksaan Kesihatan dan Vaksin Haji di Klinik Bukit Serdang
Jangan menyesal di kemudian hari. Sekiranya nak dapatkan suntikan sebelum berangkat. Tapi jika anda ingin melihat pemeriksaan kesihatan haji dan suntikan vaksin haji yang terbaik untuk diri anda, datang sahaja ke Klinik Bukit Serdang.
Terutamanya jika anda berdekatan dengan Bukit Serdang, Selangor atau Kuala Lumpur, buat pemeriksaan kesihatan secara lengkap dan vaksin haji di Klinik Bukit Serdang.
Manfaat Suntikan Vaksin Haji Di Klinik Bukit Serdang
Pemeriksaan kesihatan haji di Klinik Bukit Serdang meliputi pemeriksaan yang menyeluruh iaitu pemeriksaan fizikal, konsultasi, pemeriksaan sel darah merah, jenis darah, ujian gula dan banyak lagi sehinggalah menerima laporan kesihatan yang lengkap. Anda juga boleh menambah medical check-up lain lagi yang anda inginkan.
Bagi vaksin haji di Klinik Bukit Serdang, bakal jemaah boleh mendapatkan meningococcal, pneumococcal, influenza atau mengikut keperluan individu atas nasihat dari doktor klinik Bukit Serdang yang pakar dan berpengalaman menguruskan pemeriksaan kesihatan dan vaksin haji.
Doktor Perubatan Bertauliah Klinik Bukit Serdang
Pemeriksaan kesihatan haji dan vaksin haji akan dilakukan oleh doktor atau pegawai perubatan yang bertauliah di klinik Bukit Serdang. Pegawai perubahan klinik Bukit Serdang juga berdaftar dengan Tabung Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan juga mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksa Kesihatan Bakal Haji (NPPKBH) serta sangat berpengalaman.
Konsultasi Vaksin Haji
Bukan sahaja konsultasi pemeriksaan kesihatan haji, tetapi Klinik Bukit Serdang juga memberi konsultasi vaksin haji kepada bakal jemaah. Lebih seronok bila anda sendiri faham dan mudah tahu informasi berkaitan kesihatan sebelum berangkat ke tanah suci.
Sebelum ambil vaksin pun, boleh tanya mana berkaitan kesihatan anda, boleh minta pandangan dan pendapat doktor untuk keperluan vaksin haji yang menjadi pilihan untuk kesihatan anda.
Seperti yang anda lihat perkongsian video kesihatan jemaah dari Doktor Reezal , beliau juga suka berkongsi tips kesihatan dan juga tips haji untuk anda yang akan ke sana. Boleh dapat ilmu menarik lagi.
Status Vaksin
Tak perlu ragu-ragu dengan vaksin lagi, terus datang buat vaksin haji di Klinik Bukit Serdang kerana vaksin di sini mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan dari kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi.
Klinik Bukit Serdang menyediakan kemudahan ruang rawatan yang selesa, peralatan yang selamat dan bersih, buku vaksin percuma, serta memberikan layanan yang mesra dan profesional.
Servis klinik yang pantas juga memudahkan bakal jemaah haji yang datang. Tak hairanlah kalau ramai bakal jemaah haji dari Selangor dan Kuala Lumpur turut mendapatkan vaksin di sini.
Harga suntikan Meningococcal untuk umrah dan haji bergantung kepada jenis vaksin itu sendiri. Ada juga harga suntikan Meningococcal untuk umrah haji yang telah dipakejkan secara kombo. Ia penuh penjimatan berbanding tempat vaksin yang lain.
Secara ringkasnya, pastikan ianya suntikan yang mengandungi bahan halal dan selamat. Ini dapat melindungi bakal jemaah dari sebarang risiko penyakit semasa menjalani ibadah nanti.
Anda boleh memilih sama ada ala cart atau pakej kombo untuk menjadikan harga suntikan Meningococcal haji yang lebih berbaloi.
Klinik Bukit Serdang dibuka setiap hari, dari 8 pagi sehingga 2 petang untuk melakukan vaksin haji dan medical check up. Anda boleh terus walk-in ke klinik. Klinik Bukit Serdang sentiasa terbuka dan akan memastikan proses suntikan anda berjalan dengan sangat lancar.
Alhamdulillah, ramai yang berpuas hati dengan vaksin haji yang diberikan oleh klinik kami. Jangan bertangguh lagi, jom dapatkan terus perkhidmatan khidmat vaksin haji dan umrah dari Klinik Bukit Serdang hari ini.
Hubungi sekarang: 0172935977
Tekan WhatsApp: 0172935977
Alamat:
Klinik Bukit Serdang,
Lot B, G-40, Jalan PBS 14/1,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Facebook: Klinik Bukit Serdang
Instagram: Klinik Bukit Serdang
Jom baca juga:
Rapid Medical Examination
SHO Examination
Safety Site Supervisor Examination