Pre-FOMEMA Medical Check Up (Panduan Lengkap)
Majikan yang tidak melakukan Pre-FOMEMA medical check up kepada pekerja asing boleh ditimpa kerugian dan masalah besar!
Adakah anda setuju dengan penyataan di atas?
Saringan kesihatan ini perlu dilakukan supaya anda lebih jelas akan tahap kesihatan pekerja asing anda bagi mengelakkan lebih banyak lagi duit yang terpaksa dikeluarkan untuk menyelesaikan masalah pekerja anda. Itulah yang sebenarnya.
Maklumlah, pekerja asing wajib jalani FOMEMA medical check up yang sebenar dan ia agak memakan kos. Tetapi sekiranya saringan kesihatan FOMEMA pekerja asing ini gagal, pekerja tersebut tidak boleh bekerja di dalam syarikat anda. Sebab itu, penting sangat untuk anda lakukan pre-test atau Pre-FOMEMA ini terlebih dahulu.
Apa Itu Pre-FOMEMA Dan FOMEMA?
Ramai yang tidak faham apa itu Pre-FOMEMA yang sebenarnya. Pre-FOMEMA dan FOMEMA adalah proses pemeriksaan kesihatan yang dilakukan kepada pekerja asing di Malaysia yang mempunyai tujuan dan prosedur tertentu.
Kedua-dua ujian ini sangat penting dilakukan oleh pekerja asing yang ingin mula bekerja di Malaysia dan ingin meneruskan pekerjaan mereka di sini.
Wajib untuk majikan ambil tahu apa itu pemeriksaan Pre-FOMEMA supaya tidak tersalah langkah dalam mengeluarkan wang lagi untuk pekerja asing yang bermasalah, tidak layak atau tidak berjaya mendapatkan permit sah bekerja.
1. Saringan Kesihatan Pre-FOMEMA
Tahukah anda, Pre-FOMEMA adalah proses ujian saringan kesihatan pekerja asing yang merupakan pemeriksaan awal sebelum pekerja asing didaftarkan untuk FOMEMA medical check up, pemeriksaan kesihatan yang lebih rasmi untuk pekerja asing.
Tujuan pemeriksaan Pre-FOMEMA ini adalah untuk memastikan pekerja asing benar-benar memenuhi syarat kesihatan asas sebelum mereka melanjutkan pemeriksaan FOMEMA. Pemeriksaan Pre-FOMEMA diadakan di sesetengah klinik dan juga hospital.
Sebagai majikan, melakukan Pre-FOMEMA medical check up boleh membantu anda menjimatkan masa dan kos sekiranya pekerja tidak memenuhi syarat kesihatan mereka sebelum melalui saringan kesihatan FOMEMA.
2. Pemeriksaan FOMEMA
Ramai yang tertanya-tanya, apa itu FOMEMA? FOMEMA membawa maksud Foreign Workers Medical Examination Monitoring Agency iaitu pemeriksaan kesihatan rasmi dan wajib yang perlu dilaksanakan kepada pekerja asing yang akan bekerja di Malaysia.
Tentunya Pre-FOMEMA medical check up dan juga FOMEMA perlu dilakukan di klinik atau hospital yang telah ditetapkan.
Seperti Klinik Bukit Serdang, yang merupakan salah satu klinik terbaik untuk anda lakukan Pre-FOMEMA Medical Check Up di Selangor.
Jenis Pre-FOMEMA Medical Check Up
Rupanya pemeriksaan kesihatan Pre Fomema yang perlu dilakukan termasuklah pemeriksaan fizikal, ujian darah, tekanan darah tinggi, ujian air kencing, X ray dan sebagainya.
Menurut sumber Berita Harian, Pemantauan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA) telah menetapkan tiga syarat baru yang perlu diikuti oleh pekerja asing dalam menjalani FOMEMA medical check up, iaitu menjalani ujian Filariasis, Hepatitis C dan ujian pengesanan dadah Methamphetamine.
Sebab Perlu Buat Pre-FOMEMA Medical Check Up
Kenapa pekerja warga asing perlu melakukan pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA terlebih dahulu? Dan kenapa ujian FOMEMA dijadikan syarat untuk mendapat atau memperbaharui permit bekerja?
Pasti anda tertanya-tanya kan, kalau ambil pekerja masuk bekerja terus, tak boleh ke? Contohnya macam pembantu rumah atau orang gaji, adakah memang wajib untuk mereka jalani ujian kesihatan Pre-FOMEMA terlebih dahulu?
Sebab Wajib Buat Pre-FOMEMA Medical Check Up [Penting]
Buat terus ujian FOMEMA atau perlu buat Pre-FOMEMA dahulu? Sebaiknya dan sangat penting untuk anda buat Pre-FOMEMA medical check up.
Antara sebab kenapa majikan wajib buat saringan kesihatan Pre-FOMEMA atau pre-test, ujian pemeriksaan awal kepada pekerja atau bakal pekerja anda yang merupakan warga asing adalah seperti berikut.
1. Pengesanan Kesihatan Awal
Matlamat atau tujuan utama pre-test atau Pre-FOMEMA medical check up dilakukan adalah untuk memastikan bahawa pekerja asing anda benar-benar sihat sebelum ujian FOMEMA yang sebenar dilakukan.
Wujud risiko sekiranya anda gagal dalam pemeriksaan FOMEMA di mana ia akan merugikan anda kerana pekerja asing tidak boleh terus bekerja di syarikat anda, malah anda pula telah menghabiskan banyak wang kepada mereka.
Bukan itu sahaja, jika membiarkan pekerja asing yang tidak sah permit terus bekerja dengan syarikat anda, ia akan merisikokan syarikat anda sendiri.
2. Memperbaharui Dan Mendapatkan Permit Kerja
Untuk pengetahuan anda, ujian FOMEMA penting bagi memastikan pekerja asing mencapai standard kesihatan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk mendapat atau memperbaharui permit kerja.
Malah, keputusan saringan kesihatan FOMEMA juga merupakan salah satu dokumen penting yang akan meluluskan permit kerja pekerja asing tersebut.
Gagal pemeriksaan kesihatan Fomema akan menyebabkan pekerja asing anda dihantar pulang ke negara asal semula.
Oleh itu, Pre-FOMEMA Medical Check Up dapat menyelamatkan keadaan sebelum mereka menjalani saringan kesihatan FOMEMA yang sebenarnya.
3. Mengelakkan Jangkitan Penyakit
Seterusnya, Pre-FOMEMA medical check up juga dilakukan bagi memastikan tiada jangkitan dari penyakit berjangkit pekerja asing ini kepada orang lain.
Bahaya jika penyakit berjangkit menular kepada orang lain terutamanya majikan, rakan-rakan dan orang sekeliling yang berada berdekatan atau sekeliling pekerja asing tersebut.
Contohnya, pekerja sektor makanan perlu bebas dari penyakit berjangkit seperti Tuberkulosis (TB) atau Hepatitis A yang sudah pasti akan menjejaskan keselamatan makanan. Jelas?
4. Menjaga Keselamatan Akibat Kesan Dadah
Bukan itu sahaja, pemeriksaan Pre-FOMEMA juga telah mewajibkan urine drug test dijalankan kepada semua pekerja iaitu ujian Methamphetamine.
Bagi mengelakkan keselamatan tempat kerja terjejas, keterlibatan pekerja asing dalam kes dadah akan dilihat hasilnya dari ujian Pre-FOMEMA dan FOMEMA.
5. Memastikan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja
Para pekerja menghabiskan masa 8 jam sehingga 12 jam dan lebih lagi dalam masa sehari di tempat kerja. Tempat kerja sepatutnya menjadi tempat kerja yang selamat buat kita. Bukannya tempat yang berisiko membawa masuk penyakit kepada tubuh badan kita dan orang lain.
Demi memastikan keselamatan dan kesihatan pekerja, saringan kesihatan Pre-FOMEMA perlu dilakukan oleh pekerja asing terlebih dahulu. Ia adalah langkah awal menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja.
6. Memastikan Tahap Kesihatan Sebelum Mula Bekerja
Hasil Pre-FOMEMA medical check up memberitahu keputusan awal kesihatan pekerja. Jadi, sepanjang bekerja atau berada dalam lingkungan kawasan tempat kerja, tahap kesihatan dan keselamatan semua pekerja akan terjamin.
Selain itu, bagi sesetengah sektor yang terdedah kepada cuaca, seperti sektor perladangan. Pekerjaan itu sudah pasti dilakukan dalam keadaan cuaca yang ekstrem. Pre-FOMEMA ini bertujuan untuk mengelakkan masalah kesihatan yang berlaku semasa bekerja.
7. Memastikan Kemampuan Kesihatan Untuk Bekerja
Ada pekerjaan yang memerlukan tenaga fizikal dan ketahanan dalam menguruskan mesin, peralatan berisiko, mengangkat berat dan sebagainya. Kesihatan fizikal yang baik sangat penting bagi mengelak sebarang kemalangan dan kecederaan.
Jenis Penyakit Berbahaya Jika Tidak Buat Pre-FOMEMA
Tak buat ujian kesihatan Pre-FOMEMA terhadap pekerja? Banyak penyakit berbahaya yang mungkin akan terjadi. Antara penyakit kronik ditakuti dihadapi oleh pekerja warga asing adalah darah tinggi, diabetes mellitus, penyakit jantung, penyakit asma, penyakit peptik ulser, ginjal dan banyak lagi penyakit lain.
Penyakit berbahaya yang sebegini wajib anda elakkan. Antaranya adalah penyakit kelamin, hepatitis B, penyakit kelamin, tuberkolosis, malaria, epilepsi, kanser, kusta, urin positif untuk cannabinoids dan opiat. Tidak lupa juga dengan penyakit jiwa.
Semua jenis penyakit berbahaya jika tidak buat Pre-FOMEMA medical check up ini sangat merisikokan majikan, keluarga serta pekerja lain yang berada di tempat kerja.
Lebih menakutkan lagi, ia juga mengakibatkan penyakit berjangkit. Antara penyakit berjangkit adalah hepatitis B, malaria, sifilis, HIV, kusta dan juga PTB berdasarkan xray.
Secara umumnya, 3 jenis penyakit berisiko pekerja asing adalah penyakit kronik, penyakit berbahaya dan juga penyakit berjangkit.
Jika pekerja asing tidak melakukan pemeriksaan Pre-FOMEMA, akan ada risiko sekiranya pemeriksaan FOMEMA yang sebenar gagal dan kos yang dikeluarkan akan merugikan majikan.
Bagi majikan yang menggaji pekerja asing, adakah pekerja yang anda ingin bawa masuk itu benar-benar sihat dan terkecuali dari segala jenis penyakit berbahaya?
Jom dengar video perkongsian dari Doktor Reezal dari Klinik Bukit Serdang tentang kepentingan Pre-FOMEMA. Tekan sini.
Jenis Pekerjaan Yang Perlu Buat Pemeriksaan Pre-FOMEMA Medical Check up?
Apa pekerjaan yang sesuai dan perlu untuk buat pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA bagi pekerja warga asing? Sebenarnya, banyak sektor pekerjaan yang perlukan pekerja asing buat Pre-FOMEMA medical check up tetapi masih ramai lagi yang belum sedar.
Bagi mengelakkan risiko penyakit dan masalah yang berlaku di kemudian hari, majikan wajib memastikan pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA ini dilaksanakan.
Berikut adalah sektor-sektor pekerjaan yang memerlukan Pre-FOMEMA Medical Check Up.
1. Perkilangan dan pembinaan (mengendalikan mesin berat dan bekerja dalam persekitaran yang sangat berisiko).
2. Perkhidmatan domestik (pembantu rumah, pengasuh kanak-kanak, penjaga warga emas dan lain-lain lagi).
3. Perladangan (bekerja dibawah cuaca yang sangat panas).
4. Makanan dan minuman (tukang masak, pembantu restoran dan pekerja dapur).
5. Kesihatan dan penjagaan (pembantu perubatan, jururawat, perawat orang sakit).
6. Khidmat awam atau kebersihan (pekerja pembersihan atau penjaga tandas awam).
Kebanyakan sektor pekerjaan yang melibatkan pekerja asing, wajib melakukan FOMEMA test untuk mengelakkan risiko dan mendapatkan permit sah bagi pekerja tersebut.
Akibat tidak menjalani Pre-FOMEMA Medical Check up
Jelas bahawa pekerja asing perlu menjalani Pre-FOMEMA Medical Check Up sebelum masuk bekerja, jika tidak, majikan dan pekerja itu sendiri akan menanggung akibatnya.
Seeloknya pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA ini perlu dilakukan terlebih dahulu kepada bakal pekerja anda sebelum melakukan FOMEMA medical check up yang sebenarnya.
Jangan hanya sebab nak berjimat, akhirnya tersalah bawa masuk orang yang berisiko dalam kalangan keluarga dan tempat kerja anda.
Agensi Pekerja Asing Tidak Buat Medical Check Up Kepada Pekerja Asing?
Kita ambil contoh, jika anda mengambil pembantu rumah dari agensi pekerjaan asing yang menawarkan harga yang sangat rendah, semak dengan teliti dahulu keputusan kesihatan pekerja asing tersebut. Takut mereka tidak buat saringan kesihatan.
Macam-macam risiko yang anda terpaksa tanggung sekiranya tidak buat Pre Fomema Medical Check Up kepada pembantu rumah atau pekerja anda. Silap-silap mereka ini pembawa kepada penyakit berjangkit dan berbahaya seperti hepatitis, Aids dan sebagainya!
Adakah anda sanggup melihat keluarga dan anak-anak anda berada dalam keadaan yang berbahaya?
Tak sanggup, jadi Pre-FOMEMA Medical Check Up sangat penting dilakukan. Buat Pre-FOMEMA Medical Check Up, barulah majikan rasa lega bila tahu tiada siapa yang akan berisiko. Malah, pekerja boleh dapat permit sah pula tu.
Disebabkan keputusan ujian saringan kesihatan Pre-FOMEMA ini mengatakan pekerja anda berpenyakit, maka anda terpaksa memulangkan semula mereka kepada agensi pekerja asing tersebut.
Nampak tak, sebelum anda terpaksa keluarkan kos yang lebih besar, sebaiknya buat Pre-FOMEMA Medical Check Up untuk lebih jimat dan selamat.
Pre-FOMEMA Medical Check Up di Klinik Bukit Serdang, Selangor
Ramai suka datang ke klinik Bukit Serdang! Klinik Bukit Serdang yang bertapak di Selangor ini menyediakan Pre-FOMEMA Medical Check Up atau pemeriksaan kesihatan awal FOMEMA untuk semua pekerja asing.
Dengan mengambil ujian FOMEMA yang sebenar, anda boleh melakukan Pre-FOMEMA Medical Check Up terlebih dahulu di Klinik Bukit Serdang. Ia adalah sebagai langkah penting dan berjaga-jaga.
Objektif Pre-FOMEMA Medical Check Up Klinik Bukit Serdang, Selangor
Medical Check Up Pre-FOMEMA Selangor ini disediakan mengikut keperluan semua para pekerja. Tujuannya adalah untuk memastikan para pekerja berada dalam keadaan yang sihat dan tidak merisikokan semua orang. Begitu juga dengan FOMEMA Medical Check Up.
Prosedur Pre-FOMEMA Medical Check Up ini akan memastikan pekerja asing bersedia untuk menjalani pemeriksaan kesihatan FOMEMA yang sebenar nanti.
Kedua-dua ujian pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA dan FOMEMA ini merangkumi semua aspek kesihatan yang menyeluruh.
Kelebihan Pre-FOMEMA Klinik Bukit Serdang, Selangor
1. Pemeriksaan Diadakan Setiap Hari
Patutlah ramai suka datang sini, Pre-FOMEMA Medical Check Up Klinik Bukit Serdang terbuka setiap hari. Anda boleh terus walkin atau pilih waktu yang anda inginkan untuk ujian saringan kesihatan Pre-FOMEMA di Selangor ini.
2. Kemudahan Pendaftaran
Sangat mudah! Pre-FOMEMA Medical Check Up di Klinik Bukit Serdang sangat mudah dan pantas dilakukan. Majikan atau pekerja asing boleh terus mendaftar dan terus melakukan pemeriksaan Pre-FOMEMA dan FOMEMA dalam masa sekejap sahaja.
3. Ujian Saringan Dan Pemeriksaan Kesihatan Menyeluruh
Tambah menarik lagi, pakej pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA dan FOMEMA yang ditawarkan oleh Klinik Bukit Serdang sangat lengkap bagi memastikan semua pekerja mempunyai tahap kesihatan yang baik untuk memulakan pekerjaan.
4. Servis Berkualiti Dan Cekap
Doktor dan kakitangan Klinik Bukit Serdang sangat cekap dan pakar memberi khidmat Pre-FOMEMA dan ujian FOMEMA yang berkualiti. Proses saringan pemeriksaan di klinik ini berjalan dengan pantas dan lancar.
Pakej Pre-FOMEMA Klinik Bukit Serdang ini termasuklah:
- Konsultasi bersama doktor.
- Pemeriksaan fizikal
- Ujian darah
- Ujian air kencing
- X-ray dada
Bukan sahaja Pre-FOMEMA, tetapi pekerja boleh lakukan ujian FOMEMA yang sebenarnya juga di klinik Bukit Serdang.
Waktu Operasi bagi melakukan Pre-FOMEMA Medical Check Up di Klinik Bukit Serdang:
Kami sarankan anda untuk melakukan pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA dan FOMEMA di Klinik Bukit Serdang. Ia dibuka setiap hari, dari jam 8 pagi sehingga 6 petang, khas untuk ujian Pre-FOMEMA Medical Check Up.
Sama ada nak terus datang ke klinik atau nak hubungi kami terlebih dahulu untuk pilih tarikh dan waktu pemeriksaan pun boleh. Servis klinik Bukit Serdang sangat memudahkan urusan anda semua.
Apa Kata Mereka Yang Telah Melakukan Pre-FOMEMA Medical Check Up Dan FOMEMA Medical Check Up Di Klinik Bukit Serdang?
Klinik Bukit Serdang menjadi pilihan ramai bagi mereka yang ingin melakukan Pre-FOMEMA Medical Check Up di Selangor. Ramai yang memberi maklum balas berkaitan menjalani saringan kesihatan di sini.
Menjalankan Pre-FOMEMA Medical Check Up di Klinik Bukit Serdang sangat selesa, prosesnya mudah dan lancar. Doktor dan staf semuanya baik dan ramah pula tu.
Anda yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur, wajib datang buat saringan kesihatan Pre-FOMEMA di klinik yang terbaik di Selangor ini.
Anda berada di Selangor dan Kuala Lumpur? Jom buat pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA di Klinik Bukit Serdang sekarang. Ajak dan bawa pekerja-pekerja anda untuk terus selesaikannya di sini. Dalam masa 48 jam sahaja, keputusan kesihatan akan keluar! Mudah, kan?
Jom buat pemeriksaan kesihatan Pre-FOMEMA bersama Klinik Bukit Serdang hari ini.
Hubungi sekarang: 0172935977
Tekan WhatsApp: 0172935977
Alamat:
Klinik Bukit Serdang,
Lot B, G-40, Jalan PBS 14/1,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Facebook: Klinik Bukit Serdang
Instagram: Klinik Bukit Serdang
Jom baca juga: