Marine Medical Check Up: 15 Persediaan Sebelum Berlayar
Menjalani marine medical check up adalah salah satu persediaan sebelum berlayar di laut bagi para pekerja offshore atau pelaut. Pekerja perlu memastikan kesihatan dan keselamatan terjaga serta tidak mempunyai sebarang penyakit.
Barulah boleh berlayar dengan selamat apabila tidak ada risiko penyakit. Malah, marine medical check up juga penting untuk memastikan anda layak bekerja offshore.
Jika ditanya, adakah Marine medical check up ini perlu? Ya, ia wajib dibuat untuk mereka yang bekerja secara offshore iaitu di laut atas dasar keselamatan dan kesihatan pekerja.
Risiko Kerja Offshore Dan Pekerjaan Yang Perlu Berlayar
Sebelum melakukan persediaan untuk berlayar, adakah anda jelas dengan cara pekerjaan offshore atau pelaut? Akan tiba masanya untuk anda beraksi di lautan, maka pasti anda sudah membuat persediaan untuk berlayar kan?
Situasi ini sering dialami oleh mereka yang bekerja di lautan termasuklah mereka yang terlibat dalam Jabatan Laut Malaysia dan Genting Cruise. Selain itu, syarikat minyak dan gas juga berisiko kerana perlu berlayar.
Ada yang mengamalkan berkerja sepanjang 2 minggu atau 4 minggu di atas laut. Ianya bergantung kepada projek yang dijalankan juga. Ada projek berminggu dan berbulan-bulan lamanya, maka selama itu jugalah mereka berada di atas lautan.
Jadi risiko pekerjaan itu sangat berbahaya. Sebab itu marine medical check up atau seafarer medical check up wajib dijalankan untuk pekerja offshore.
1. Risiko Keselamatan Fizikal
Industri offshore, terutamanya sektor minyak dan gas, akan melibatkan kerja-kerja berat, malah pekerjaan juga turut menggunakan peralatan besar dan suasana kerjanya memang berisiko tinggi.
Kemalangan seperti letupan, kebakaran serta tumpahan bahan kimia adalah antara bahaya yang mungkin boleh berlaku. Tambahan pula, kerja di pelantar minyak sering melibatkan ketinggian dan lautan dalam, risiko kerja offshore ni kalau terjatuh atau lemas.
Bagi mengurangkan risiko ini, syarikat perlu menyediakan latihan keselamatan yang komprehensif, peralatan perlindungan diri (PPE) dan juga memastikan prosedur operasi standard (SOP) diikuti dengan penuh disiplin.
2. Cabaran Cuaca Dan Alam Sekitar
Kerja offshore atau berlayar di laut ini memberikan risiko untuk anda berada dalam keadaan cuaca yang ekstrem seperti ribut, ombak besar dan angin kencang.
Cuaca buruk bukan sahaja mengganggu operasi kerja tetapi juga boleh membahayakan nyawa pekerja. Jelas bahawa pendedahan kepada cuaca panas atau sejuk yang melampau juga menjejaskan kesihatan fizikal.
Pekerja perlu dilengkapi dengan pakaian pelindung yang sesuai serta pengetahuan tentang pengurusan cuaca ekstrem bagi mengatasi risiko kerja yang perlu berlayar atau kerja offshore ini.
3. Tekanan Psikologi dan Emosi
Pekerjaan di offshore sering melibatkan tempoh kerja yang panjang, biasanya 2 hingga 4 minggu tanpa pulang ke darat. Keadaan ini boleh menyebabkan tekanan emosi, kerinduan terhadap keluarga dan mungkin juga kesunyian.
Hidup dalam ruang terhad seperti di pelantar minyak juga boleh memberi kesan kepada kesihatan mental pekerja. Oleh itu, syarikat perlu menyediakan sokongan psikologi, aktiviti rekreasi dan fasiliti komunikasi seperti internet supaya pekerja dapat berhubung dengan keluarga mereka.
4. Pendedahan Kepada Bahan Berbahaya
Bekerja di sektor minyak dan gas melibatkan pendedahan kepada bahan kimia toksik, gas berbahaya, dan bunyi bising yang berpanjangan. Risiko kerja offshore ini jangka panjang dan boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti penyakit pernafasan, gangguan pendengaran dan kesan toksik lain.
Langkah pencegahan risiko pekerjaan berlayar ini adalah dengan menggunakan alat perlindungan diri, pemantauan berkala dan pematuhan kepada peraturan keselamatan.
5. Risiko Logistik Dan Evakuasi
Lokasi pelantar minyak yang jauh dari daratan menjadikan sebarang situasi kecemasan seperti kemalangan atau masalah kesihatan lebih sukar ditangani.
Untuk pengetahuan anda, proses evakuasi memerlukan masa yang lama dan sering bergantung kepada keadaan cuaca. Jadi, pelan evakuasi yang jelas, latihan simulasi dan kemudahan perubatan di lokasi sangat penting untuk mengurangkan risiko ini.
15 Persediaan Sebelum Berlayar Untuk Pelaut
Berlayar di laut adalah pengalaman yang menarik dan mencabar, tetapi ia memerlukan persediaan yang teliti. Justeru itu, persediaan sebelum berlayar adalah anda sendiri perlu ada kekuatan fizikal dan mental untuk hidup bekerja di atas kapal.
Bukan apa, ramai yang tertarik dengan pekerjaan offshore, berlayar di atas kapal, namun tanpa persediaan sebelum berlayar, pengalaman ini boleh menjadi sukar.
Persediaan Sebelum Berlayar: Persiapan fizikal dan mental
1. Persediaan Fizikal
Berada di laut memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Pergerakan ombak yang berterusan boleh menyebabkan keletihan dan mabuk laut, terutamanya bagi mereka yang baru pertama kali berlayar. Oleh itu, penting untuk memastikan tubuh berada dalam keadaan sihat dan cergas.
Persediaan sebelum berlayar dengan melakukan aktiviti seperti berenang, senaman kardiovaskular dan latihan kekuatan dapat membantu meningkatkan daya tahan fizikal.
Selain itu, kerja-kerja di atas kapal seperti mengendalikan layar, menarik tali dan melakukan pembaikan memerlukan kekuatan fizikal.
Jika tubuh tidak bersedia, anda mungkin mudah cedera atau keletihan, ia boleh menjejaskan keselamatan diri dan pasukan anda.
2. Persediaan Mental
Berlayar di laut bukan sahaja mencabar secara fizikal, tetapi juga mental. Sebagai persiapan sebelum berlayar di laut, penting anda persiapkan diri sekiranya terlibat di ruang yang sempit, jauh dari darat dan sukar berkomunikasi dengan dunia luar.
Situasi seperti ini boleh menyebabkan tekanan, kebimbangan, atau rasa terasing. Bagi mengatasi cabaran ini, persediaan mental sangat penting. Meditasi, yoga dan latihan pengurusan tekanan dapat membantu anda menghadapi situasi sebegini.
Di samping itu, persediaan sebelum berlayar perlu adanya sikap positif dan daya tahan mental supaya anda kekal fokus walaupun berhadapan dengan situasi berisiko di laut.
Persediaan Sebelum Berlayar: Memahami Panduan Keselamatan Di Atas Kapal
3. Mematuhi Panduan Keselamatan Kapal
Keselamatan di atas kapal adalah aspek penting yang tidak boleh diabaikan, sama ada anda seorang pelaut profesional atau hanya sekadar penumpang.
Kita semua sedia maklum, kehidupan di laut penuh dengan cabaran. Buat persiapan sebelum berlayar dengan memahami panduan keselamatan. Ini adalah kunci bagi memastikan semua orang di atas kapal selamat.
4. Jelas Dengan Arahan Pihak Terlatih
Justeru itu, kapten dan kru kapal adalah individu yang terlatih dalam menguruskan situasi kecemasan. Sebagai pekerja offshore atau pelaut, penting untuk anda sentiasa mengikuti arahan mereka.
Ada situasi di mana sebelum kapal bergerak, kru biasanya memberikan taklimat keselamatan. Dengarkan dengan teliti dan fahami langkah-langkah yang perlu di ambil sekiranya berlaku kecemasan.
Jika berlaku sesuatu di atas kapal, jangan panik. Tetap tenang dan ikuti arahan yang diberikan untuk memastikan keselamatan semua pihak.
Persediaan Sebelum Berlayar: Siapkan Dokumen Yang Diperlukan
5. Passport Sebagai Dokumen Utama
Pasport adalah dokumen utama yang mesti ada jika anda berlayar ke luar negara. Persediaan untuk berlayar ini memang wajib dibuat. Pastikan pasport anda masih sah sekurang-kurangnya enam bulan dari tarikh pelayaran.
Selain itu, periksa sama ada negara destinasi anda memerlukan visa. Sesetengah negara mempunyai proses permohonan visa yang mengambil masa agak lama, jadi pastikan anda memohon awal untuk mengelakkan dari terjadinya kelewatan.
6. Sijil Perubatan Doktor Bertauliah
Penting lagi, kesihatan adalah faktor penting semasa berlayar, terutama jika anda akan berada di laut untuk tempoh yang panjang.
Sijil perubatan yang dikeluarkan oleh doktor bertauliah biasanya diperlukan, terutamanya untuk anak kapal atau mereka yang terlibat dalam operasi kapal. Pastikan anda juga membawa bekalan ubat-ubatan penting.
7. Polisi Insurans Perlindungan
Bukan itu sahaja, polisi insurans juga perlu ada. Polisi insurans perjalanan memberi perlindungan sekiranya berlaku kecemasan seperti kemalangan atau sebarang penyakit.
Ia adalah salah satu persediaan sebelum berlayar serta langkah keselamatan tambahan yang perlu dititik beratkan. Terutama jika anda berlayar ke kawasan terpencil di mana akses kepada perkhidmatan kesihatan sangat terhad.
Persediaan Sebelum Berlayar: Pemeriksaan Kapal Dan Peralatan
8. Patuhi Peraturan Pelayaran
Pemeriksaan kapal dan peralatan adalah langkah utama yang tidak boleh diabaikan oleh pemilik, kru dan pengendali kapal. Langkah ini akan memastikan keselamatan pelayaran dan juga mematuhi peraturan maritim yang ditetapkan.
9. Pemeriksaan Kapal Secara Berkala
Ini kerana aspek keselamatan adalah keutamaan utama dalam dunia pelayaran. Pemeriksaan kapal secara berkala juga membantu mengenal pasti sebarang kerosakan atau masalah teknikal pada kapal sebelum ia menjadi ancaman.
Contohnya, memeriksa sistem pengemudi, enjin dan alat komunikasi untuk memastikan semua komponen berada dalam keadaan baik. Dengan langkah ini, risiko kemalangan seperti kebakaran, kebocoran atau kegagalan teknikal dapat dikurangkan.
Persediaan Sebelum Berlayar: Pemeriksaan Kru Kapal Dan Para Pekerja
10. Pemeriksaan Keselamatan Para Pekerja
Persediaan sebelum berlayar seterusnya adalah dari segi pemeriksaan kru kapal dan para pekerja. Ini adalah elemen penting dalam memastikan keselamatan, keberkesanan dan pematuhan terhadap undang-undang maritim.
Pelaksanaan pemeriksaan ini bukan sahaja melibatkan pengesahan kelayakan tetapi juga memastikan tahap kesihatan dan keselamatan kru sebelum memulakan pelayaran.
Persediaan Sebelum Berlayar: Kenal Pasti Cuaca Dan Keadaan Laut
11. Periksa Ramalan Cuaca
Seperti kita tahu, keselamatan adalah keutamaan utama bagi setiap pelayaran. Cuaca yang buruk seperti ribut, hujan lebat atau angin kencang boleh menyebabkan ombak besar yang berbahaya dan berisiko kepada kapal.
Dengan memeriksa ramalan cuaca, kapten kapal boleh merancang perjalanan untuk mengelakkan kawasan berisiko tinggi. Langkah ini dapat melindungi nyawa penumpang dan kru kapal.
Anda perlu tahu bahawa keadaan cuaca buruk sering menjadi punca kemalangan maritim seperti pelanggaran kapal, kapal terbalik ataupun kapal hilang kawalan.
12. Ambil Langkah Berjaga-jaga
Pemeriksaan cuaca dan keadaan laut membolehkan kru kapal mengenal pasti risiko lebih awal dan mengambil langkah berjaga-jaga. Contohnya, kapal mungkin memilih untuk menangguh pelayaran atau mengubah laluan untuk mengelakkan kawasan yang berbahaya.
Dengan ramalan cuaca yang tepat dan memilih laluan yang paling selamat, kapal dan penumpang kapal akan selamat semuanya.
Sebagai contoh, jika angin bertiup dari arah yang dikehendaki, kapal boleh menjimatkan bahan bakar dengan menggunakan tenaga angin. Begitu juga dengan mengelakkan arus laut yang kuat dapat mempercepatkan masa perjalanan.
Persediaan Sebelum Berlayar: Kelengkapan Keselamatan
13. Menyediakan Kelengkapan Keselamatan
Tujuan utama kelengkapan keselamatan adalah untuk melindungi nyawa dan kesihatan setiap individu. Dalam situasi kecemasan seperti kebocoran gas atau kemalangan di laut, kelengkapan keselamatan seperti pemadam api, jaket keselamatan dan topi keledar boleh membantu mengurangkan risiko kecederaan.
Jika dibuat persediaan sebelum berlayar dengan rapi, pekerja atau penumpang dapat bertindak dengan pantas dan selamat. Ingat, malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Namun, dengan adanya kelengkapan keselamatan yang mencukupi, risiko kemalangan boleh dielakkan.
Persediaan Sebelum Berlayar: Sediakan Bekalan Perubatan Yang Cukup
14. Kit Perubatan Masalah Kesihatan
Salah satu langkah penting sebelum memulakan perjalanan adalah memastikan bekalan perubatan tersedia cukup di atas kapal. Sebelum berlayar, persediaan ini penting dalam menangani sebarang keadaan kecemasan atau masalah kesihatan yang mungkin timbul semasa pelayaran.
Kecemasan seperti luka, patah tulang atau serangan jantung boleh di atasi dengan adanya kit pertolongan cemas yang lengkap sebelum bantuan profesional tiba. Masalah kesihatan ringan seperti demam, sakit kepala atau mabuk laut juga dapat diselesaikan.
Persediaan Sebelum Berlayar: Marine Medical Check Up
15. Offshore Medical Check Up
Marine medical check-up adalah pemeriksaan kesihatan offshore khusus yang diwajibkan bagi individu yang bekerja dalam industri maritim.
Offshore medical check up ini bertujuan untuk memastikan bahawa semua para pekerja kapal berada dalam keadaan yang baik untuk menjalankan tugas mereka. Bukan sahaja itu, kesihatan pekerja akan menjejaskan keupayaan bekerja dan menyebabkan projek terlari dari tempoh masa.
Menurut sumber Astro Awani, Marine medical check-up membantu mengesan sebarang masalah kesihatan sebelum anda mula bertugas.
Contohnya, penyakit jantung atau tekanan darah tinggi menjadi risiko besar. Sekiranya tidak layak bekerja disebabkan penyakit, anda boleh dirawat dan digantikan dengan orang lain.
Sebab Wajib Buat Marine Medical Check Up | Seafarer Medical Check Up
Kenapa marine medical check up paling penting sekali sebelum berlayar? Marine medical check-up adalah pemeriksaan kesihatan khusus yang diwajibkan bagi individu yang bekerja dalam industri maritim.
Pemeriksaan kesihatan offshore ini bertujuan untuk memastikan semua pekerja berada dalam keadaan fizikal dan mental yang optimum untuk menggalas tanggungjawab di laut.
Marine medical check up ini bukan sekadar formaliti atau kewajipan, tetapi langkah penting dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kecekapan pekerja offshore itu sendiri.
Sebab marine medical check-up wajib dilakukan sebelum berlayar adalah seperti berikut:
1. Menjamin Keselamatan Dan Kesihatan Kru
Keselamatan dengan melakukan marine medical check-up membantu anda untuk berada dalam keadaan sihat menjalankan tugas. Offshore medical check up ini boleh mengesan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penyakit jantung atau gangguan pernafasan yang berbahaya ketika pelayaran.
Di laut, akses kepada bantuan perubatan adalah terhad. Oleh itu, marine medical check up diadakan supaya anda semua jelas tiada sebarang penyakit untuk mula bekerja.
2. Mematuhi Peraturan Antarabangsa
Keperluan marine medical check-up telah ditetapkan oleh peraturan antarabangsa seperti Konvensyen Buruh Maritim (MLC) dan Organisasi Maritim Antarabangsa (IMO). Peraturan ini memastikan semua pekerja kapal layak dari segi kesihatan untuk bekerja di laut.
Melakukan seafarer medical check up akan melindungi para pekerja. Ia juga mengelakkan syarikat pelayaran daripada dikenakan tindakan undang-undang, larangan operasi ataupun denda.
Pemeriksaan kesihatan offshore ini adalah langkah proaktif untuk memastikan keseluruhan industri mematuhi standard kesihatan global.
3. Mengurangkan Risiko Kecemasan di Laut
Marine medical check-up membantu anda bersedia menghadapi cabaran ini tanpa risiko kesihatan yang menjejaskan operasi kapal. Ini kerana, pelayaran pasti akan mencabar.
Mungkin akan berlaku cuaca buruk, tekanan kerja tinggi dan situasi kecemasan. Pekerja offshore perlu sihat dari segi fizikal dan mental.
Sebarang masalah kesihatan yang tidak dikesan awal boleh membawa kepada situasi kecemasan yang memerlukan kapal kembali ke pelabuhan atau mendapatkan bantuan. Risiko kerja offshore sebegini akan menjejaskan perjalanan dan menambah kos.
4. Melindungi Reputasi Syarikat Pelayaran
Dengan melaksanakan marine medical check-up, adalah komitmen terhadap keselamatan dan kebajikan pekerja bagi syarikat pelayaran. Ini meningkatkan kepercayaan penumpang, pelanggan dan pihak berkuasa terhadap syarikat.
Di samping itu, syarikat yang mematuhi peraturan kesihatan dan keselamatan cenderung mempunyai reputasi baik dalam industri, sekali gus menarik lebih banyak peluang perniagaan. Reputasi yang baik juga membantu mengelakkan publisiti negatif akibat insiden yang berkaitan dengan kesihatan kru.
5. Meningkatkan Kecekapan dan Produktiviti Pekerja
Ia adalah kunci pekerja offshore sihat dan efektif bekerja. Marine medical check-up memastikan setiap individu layak melaksanakan tugas mereka tanpa sebarang halangan kesihatan.
Seafarer medical check up ini memberi peluang untuk mengenal pasti masalah kesihatan pada peringkat awal dan membolehkan rawatan awal dijalankan.
Marine Medical Check Up, Seafarer Medical Check Up Atau Offshore Medical Check Up Diperlukan Oleh Pekerjaan Anda?
Marine medical check up, seafarer medical check up dan offshore medical check up adalah pemeriksaan kesihatan yang sama cuma ia sedikit berbeza dari segi keperluan, tujuan dan jenis pekerjaan itu sahaja.
Offshore Medical Check Up
Mereka yang berkerja dalam bidang offshore perlu melakukan offshore medical check up. Umumnya, industri offshore seperti industri minyak dan gas mempunyai persekitaran yang ekstrem dan mencabar.
Offshore medical check up adalah pemeriksaan kesihatan wajib dilakukan sebelum seseorang memulakan tugas di pelantar minyak atau lokasi lain di atas lautan juga. Persekitaran kerja yang lebih mencabar memerlukan pemeriksaan lebih mendalam, termasuk risiko gas toksik, kecemasan dan kerja berat.
Marine Medical Check Up
Kita jelas maklum bahawa marine medical check up adalah pemeriksaan kesihatan untuk sektor maritim seperti pelaut, anak kapal komersial, atau pekerja pelayaran. Ia termasuklah ujian kesihatan fizikal keseluruhan juga ujian penglihatan dan pendengaran.
Tak hanya itu, marine medical check up juga ada pemeriksaan penyakit berjangkit dan imunisasi asas.
Seafarer Medical Check Up
Bagi seafarer medical check up pula, ia sama seperti pemeriksaan kesihatan marin, tetapi pemeriksaan kesihatan seafarer lebih spesifik untuk pelaut atau pekerja kapal (seafarers). Seafarer medical check up ini fokus kesihatan fizikal dan mental untuk memastikan pelaut mampu menangani tugas berat di laut.
Menurut sumber ILO, Peraturan antarabangsa yang ditetapkan oleh Organisasi Buruh Antarabangsa (ILO) dan peraturan tempatan mewajibkan pekerja offshore menjalani pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan yang dimaksudkan adalah offshore medical check-up, marine medical check up serta seafarer medical check up.
Jenis Pekerjaan Yang Perlukan Marine Medical Check Up
Sudah semestinya pemeriksaan kesihatan offshore ini diperlukan oleh mereka yang bekerja di laut.
Jom lihat sama ada pekerjaan anda tergolong dalam marine medical check up atau seafarer medical check up ini.
- Pelaut dan anak kapal.
- Offshore & industri minyak dan gas, perikanan dan industri maritim.
- Krew kapal persiaran.
- Pengendali bot tunda.
- Penyelenggaraan kapal di pelabuhan.
- Penyelam profesional.
- Penyelam komersial untuk pembinaan atau penyelenggaraan bawah laut.
- Pemandu feri dan bot penumpang.
- Pengendali bot tunda.
- Jurupandu pelabuhan dan banyak lagi.
Kesemua pekerjaan di atas ini adalah pekerjaan yang memerlukan tahap kesihatan yang baik. Persediaan sebelum berlayar dari segi persekitaran mencabar, beban kerja, ruang terhad, semua itu berkait dengan risiko kesihatan pekerja.
Justeru, marine medical check up wajib dijalani oleh anda sebelum pergi berlayar. Sama ada kali pertama anda berlayar atau tidak, buatlah pemeriksaan kesihatan sehabis baik demi tanggungjawab bekerja.
Marine Medical Check Up Di Klinik Bukit Serdang
Anda boleh lakukan marine medical check up, seafarer medical check up ataupun offshore medical check up di Klinik Bukit Serdang sekiranya anda berada berdekatan Selangor atau Kuala Lumpur.
Klinik Bukit Serdang adalah klinik OHD yang merangkumi pemeriksaan kesihatan pekerjaan offshore dan onshore, termasuklah bidang pekerjaan seafarer dan marin.
Menyediakan marine medical check up untuk sijil kesihatan pelaut di bawah Jabatan Laut Malaysia adalah kepakaran Klinik Bukit Serdang. Ini bermaksud pemeriksaan kesihatan seafarer di klinik Bukit Serdang Selangor ini mendapat pengiktirafan dari Jabatan Laut Malaysia!
Ramai seafarer memilih klinik ini untuk pemeriksaan kesihatan seafarer mereka.
Kelebihan Marine Medical Check Up Klinik Bukit Serdang
Doktor Pakar Dan Berpengalaman
Pengalaman selama 15 tahun, klinik pemeriksaan kesihatan seafarer ini memiliki doktor yang berpengetahuan dan pakar dalam bidang kesihatan dan keselamatan pekerja OHD. Berjumpa doktor Klinik Bukit Serdang, anda boleh mendapatkan konsultasi, khidmat nasihat dan juga ilmu baru dari doktor.
Diiktiraf Oleh Jabatan Laut Malaysia
Diiktiraf dari Jabatan Laut Malaysia, sebab itulah anda perlu buat marine medical check up dengan doktor di klinik ini. Ramai yang beri maklum balas tentang doktor dan staf sangat cekap, santai dan peramah.
Lengkap Fasiliti Dan Pelbagai Jenis Pemeriksaan
Seafarer medical check up merangkumi pelbagai jenis ujian pemeriksaan bagi memastikan setiap organ atau pancaindera anda bebas dari sebarang penyakit termasuklah fizikal, mental dan psikologi. Lengkap dengan fasiliti dan peralatan di klinik Bukit Serdang, mudah untuk anda buat medical check up di sini.
Hasil Medical Check Up Siap Dalam Masa 2 Jam
Dengan servis yang disediakan, harga berpatutan, kemudahan lengkap, tak sangka result medical check up pula siap dalam masa 2 jam sahaja. Anda akan terima hasil pemeriksaan dengan sangat cepat dan pantas untuk ujian saringan kesihatan pekerja ini.
Terbuka Setiap Hari
Anda boleh lakukan marine medical check up di sini pada bila-bila masa kerana klinik dibuka setiap hari. Nak walkin terus ke klinik atau nak buat appoinment pun boleh supaya tidak perlu tunggu lama bila dah sampai nanti.
Menerima Pemeriksaan Kesihatan (Saat-Saat Akhir)
Bagi anda yang tak sempat buat medical check up awal-awal dan dah kelam kabut nak naik kapal, cepat-cepat hubungi Klinik Bukit Serdang. Sebab klinik di Bukit Serdang Selangor ini memang sediakan medical check up dan kemudahan lengkap untuk hasil yang cepat.
Jadi, anda tak perlu bimbang lagi. Terus hubungi kami di Klinik Bukit Serdang sahaja.
Pakej Seafarer Medical Check up | Jenis Pemeriksaan Kesihatan Seafarer Klinik Bukit Serdang
Antara perkhidmatan pemeriksaan kesihatan seafarer yang disediakan oleh Klinik Bukit Serdang termasuklah,
- Pemeriksaan dan penilaian penglihatan
- Penilaian pendengaran (audiometri)
- Penilaian keupayaan fizikal
- Penilaian fungsi paru-paru (spirometri)
- Pemeriksaan EGC
- Penilaian kesihatan umum
- Penilaian tahap kecergasan
- Penilaian penggunaan ubat
- Pemeriksaan X-ray dan pemantauan perubatan yang diperlukan
Banyak lagi jenis seafarer medical check up yang dilakukan bagi memastikan keputusan kesihatan anda jelas. Ia untuk memastikan anda kekal sihat sepanjang tempoh bekerja di laut. Harga seafarer medical check up ini sangat mampu milik, malah anda akan menerima servis yang memudahkan anda!
Apa Kata Mereka Yang Pernah Buat Marine Medical Check Up Di Sini?
Sebagai sebuah klinik OHD yang menawarkan marine medical check up, seafarer medical check up atau offshore medical check up di Selangor, kami menerima ramai pengunjung dan maklum balas dari mereka.
Ramai yang suka dengan servis klinik OHD Bukit Serdang dan berpuas hati melakukan pemeriksaan kesihatan di sini. Kami sentiasa memberikan servis yang terbaik dan profesional buat anda semua. Bermula dari doktor, staf, klinik dan servis, ramai yang memilih untuk menjalani seafarer medical check up di sini.
Anda bila lagi?
Hubungi Kami Dan Set Appointment Anda Sekarang!
Tekan WhatsApp: 0172935977
Hubungi sekarang: 0172935977
Alamat:
Klinik Bukit Serdang,
Lot B, G-40, Jalan PBS 14/1,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Facebook: Klinik Bukit Serdang
Instagram: Klinik Bukit Serdang
Jom baca juga:
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Melalui Klinik OHD