Pemeriksaan X Ray 2 View Untuk Jenis Bahagian Tubuh Dan Tulang
Pemeriksaan x ray boleh dilakukan jika bahagian tulang atau tubuh masih sakit berterusan atau mengalami cedera parah. Kadang-kadang, ramai yang teragak-agak sama ada perlu buat x ray atau tidak. Perlu buat x ray jika sakit tak hilang-hilang dari bahagian yang cedera. Bahaya takut-takut cedera dalaman.
Anda terjatuh, cedera atau mengalami kesakitan yang tak henti-henti pada bahagian kaki, tangan, lengan, bahu, leher dan jenis-jenis tubuh dan tulang? Tapi tak tahu apa punca, takut retak atau patah. Mungkin anda terfikir adakah boleh melakukan x ray di bahagian yang sakit tersebut?
X Ray Tubuh Atau Tulang Yang Cedera Dan Sakit
Rawatan X ray adalah sejenis sinaran elektromagnet yang sering digunakan dalam teknologi perubatan pada masa kini untuk mengimbas tubuh pesakit. Dengan sinar X-ray ini, segala organ dapat dilihat secara terperinci dari dalam badan dalam bentuk warna hitam dan putih.
Warna hitam dan putih ini terhasil disebabkan oleh penyerapan radiasi oleh tisu di dalam tubuh yang berbeza. Jadi, X ray ini adalah sinaran radiasi untuk kenal pasti masalah tulang, organ atau bahagian tubuh yang bermasalah.
Pemeriksaan X Ray: Kenal Pasti Punca Tulang Cedera
Prosedur pemeriksaan x-ray adalah sangat cepat dan tidak menyakitkan tubuh kita. X-ray sangat diperlukan oleh doktor dalam mendiagnosis dan memantau keadaan tubuh badan pesakit.
Untuk makluman anda, pemeriksaan x-ray bukan sahaja untuk memeriksa keadaan tulang yang patah, malahan ianya juga turut berfungsi untuk mengesan masalah tisu dalam badan dan juga organ dalaman.
Selain itu, pemeriksaan x-ray ini juga digunakan untuk memeriksa penyakit paru-paru, kanser payudara, masalah saluran penghadaman dan pelbagai jenis penyakit lain lagi.
Jadi dengan adanya x-ray, sebarang jenis masalah yang berkaitan tubuh dapat dikenalpasti dengan sangat cepat. Selain itu, prosesnya juga tidak memberikan kesan terhadap tubuh kita.
Adakah Anda Alami Sakit Berterusan, Tulang Cedera Atau Cedera Dalaman?
Banyak risiko jika bahagian tubuh, tulang atau organ anda masih sakit secara berterusan. Tidak semua kecederaan boleh dilihat pada permukaan badan. Tahukah anda, kesan dari kemalangan serius boleh menyebabkan kecederaan dalaman dan kerosakan pada organ dalaman yang mungkin tidak kelihatan.
Jadi, amat penting untuk anda mendapatkan pemeriksaan x-ray dengan segera walaupun anda tidak mempunyai luka atau kecederaan luaran yang jelas. Apatah lagi, jika anda teragak-agak bahagian yang sakit itu boleh buat rawatan x ray atau tidak.
Kecederaan dalaman tidak selalunya kelihatan secara serta-merta tetapi ia akan memberi masalah yang teruk sekiranya tidak dirawat dengan segera.
Menurut sumber, banyak kes kematian mengejut yang berlaku disebabkan oleh kecederaan dalaman yang berpunca daripada kecederaan yang tidak dirawat dengan segera.
Berikut adalah tanda-tanda kecederaan dalaman:
- Pendarahan dalaman
- Kerosakan hati
- Kegagalan buah pinggang
- Masalah paru-paru
- Kerosakan limpa
- Diafragma pecah
- Tulang patah atau retak
- Masalah usus dan pelbagai jenis organ dalaman badan yang lain
- Sakit berterusan di bahagian tersebut
Sakit Atau Cedera Perlu Buat Pemeriksaan X Ray?
Sekiranya anda pernah mengalami kemalangan dan mempunyai tanda-tanda kecederaan dalaman, jangan lupa buat pemeriksaan x-ray.
Apabila seseorang mengalami kecederaan dalaman yang teruk, mereka mungkin tidak boleh bekerja selepas kemalangan dan tidak boleh melakukan pelbagai jenis aktiviti yang lasak. Jika tanpa rawatan, mungkin kehidupan akan terjejas kelak.
Seperti yang kita ketahui, kecederaan dalaman bukan sahaja akan memudaratkan tubuh, tetapi ianya juga boleh membawa kepada maut sekiranya tidak dirawat.
Kini dengan adanya teknologi pemeriksaan x-ray yang semakin canggih, punca kecederaan dalaman juga boleh dikenalpasti menggunakan x ray 2 view.
Pemeriksaan X-Ray 2 View | X-Ray Dual View
Tak pasti bahagian yang sakit itu boleh x ray atau tidak? Bukan dekat dada, tetapi dekat bahagian lain seperti lutut, bahu, leher, perut atau lain lagi? Tak mengapa, jangan risau. Bagi anda yang mempunyai sakit di bahagian organ atau tubuh dan anda tidak pasti sama ada boleh melakukan pemeriksaan x-ray ataupun tidak, ini perkara yang anda perlu tahu.
Sebenarnya, anda boleh menggunakan rawatan pemeriksaan x-ray yang dikenali sebagai x ray 2 view. Sebenarnya, banyak jenis x ray yang ada dan ia sesuai untuk pelbagai jenis organ atau bahagian tubuh yang lain.
Boleh X Ray Organ Atau Bahagian Tubuh Yang Lain Juga?
Pemeriksaan x ray 2 view ini dapat membantu memeriksa keadaan tubuh anda dengan lebih tepat. Bahagian badan, tubuh, organ yang cedera atau sakit boleh dilakukan dengan x ray 2 view.
Lebih tepat lagi, boleh x ray di kawasan lutut, leher, bahu, perut dan banyak lagi bahagian tubuh badan yang lain jika anda mengalami kesakitan atau masalah.
Maklumlah, sebelum ini, kita hanya didedahkan dengan x ray biasa dan bukannya jenis x ray 2 view ini. Tetapi x ray 2 view inilah penyelesaian buat anda yang sakit berterusan, jatuh, cedera tulang, cedera parah dan macam-macam lagi situasi yang anda alami.
Kepentingan Pemeriksaan X Ray 2 View
X ray 2 view ini sememangnya sangat diperlukan kerana ia membantu merawat kecederaan dalaman dengan lebih cepat dan hasilnya juga sangat tepat.
Jadi, dengan kepantasan imej yang dipaparkan melalui pemeriksaan x-ray, segala jenis kecederaan dapat dirawat oleh doktor dengan sangat pantas. Selain itu, kos yang diperlukan untuk x-ray 2 view ini juga tidak terlalu mahal.
Apa-apapun, masalah bahagian tubuh anda yang sakit boleh dirawat secepatnya setelah melakukan x ray 2 view ini. Anda tetap boleh tengok masalah tulang cedera atau apa sahaja yang berlaku kepada diri anda.
Apa Itu X-Ray 2 View Atau X-Ray Dual View ini?
Nak tahu apa itu X-ray 2 view atau x-ray dual view?
X ray 2 view ini merupakan imbasan sinar radiasi yang menggunakan teknologi yang direka khusus untuk memaparkan dua filem x-ray secara serentak dalam satu unit.
Kelebihan utama x-ray 2 view ini adalah keupayaannya dalam menciptakan dua imej radiologi secara serentak. Ianya juga sangat berguna dalam situasi untuk membandingkan imej sebelum dan selepas rawatan, atau untuk membandingkan imej dua bahagian badan yang berbeza.
Pemeriksaan x-ray jenis ini dapat mengimbas tulang, lutut, badan dan lain-lain bahagian badan dengan lebih tepat berbanding dengan mesin x-ray yang biasa. Maksudnya, ia sangat sesuai buat anda yang jatuh, kemalangan, cedera parah dan lain-lain lagi kesakitan.
Jenis organ, Tulang atau Bahagian Tubuh Badan Boleh Diperiksa Dengan X Ray 2 View
Kita ketahui bahawa dengan menggunakan x-ray 2 view ini, lebih banyak organ, tulang dan bahagian badan dapat diimbas berbanding dengan mesin x-ray biasa. Berikut adalah organ, tulang dan bahagian tubuh yang boleh buat pemeriksaan x ray 2 view.
1. Pemeriksaan X Ray 2 View: Paru-paru Dan Dada (Thorax)
Sebarang penyakit seperti pneumonia, tuberkulosis, tumor, atau kegagalan jantung akan di periksa di bahagian dada dan juga paru-paru. Ia adalah untuk memastikan tiada cecair dalam paru-paru atau rongga pleura.
Dengan pemeriksaan x-ray 2 view, biasanya imbasan akan dilakukan secara anteroposterior (depan ke belakang) dan lateral (sisi).
2. Pemeriksaan X Ray 2 View: Abdomen Dan Organ Dalaman
Bagi anda yang mempunyai penyakit batu karang batu karang, batu pundi hempedu, atau masalah usus, x-ray 2 view akan mengimbas di bahagian abdomen dan organ dalaman dalam keadaan supine (baring terlentang) dan erect (berdiri). Anda dapat melihat hasil check up x ray ini secara 2 imej berbeza.
3. Pemeriksaan X Ray 2 View: Tulang Belakang (Spine)
Bagi pemeriksaan x ray ini, imbasan secara lateral dan frontal akan dilakukan di bahagian sekitar tulang belakang untuk mengesan masalah seperti scoliosis, slip disc, atau retak kecil. Itulah pentingnya gunakan x ray 2 view ini.
4. Pemeriksaan X Ray 2 View: Sendi dan Tulang (Musculoskeletal)
Sekiranya anda mempunyai masalah sendi atau tulang, pemeriksaan x ray dual view ini akan dilakukan untuk mengenalpasti dan mengesan sama ada kehausan sendi, arthritis ataupun tulang patah secara pelbagai sudut.
Sama ada tulang kaki, tulang tangan, tulang leher, tulang bahu atau lain-lain lagi. Biasanya bahagian yang sering diperiksa adalah bahagian pinggul, bahu, lutut, tangan, dan kaki.
5. Pemeriksaan X Ray 2 View: Sinus dan Rongga Kepala
Imbasan x ray 2 view di bahagian rongga kepala dan sinus akan dilakukan untuk mengesan sinusitis, jangkitan, atau tumor kecil dalam rongga sinus dalam keadaan anteroposterior dan lateral. Cedera atau kesakitan yang anda alami di rongga kepala juga perlu buat x ray.
6. Pemeriksaan X Ray 2 View: Leher dan Tekak
Rawatan X Ray di bahagian leher dan tekak akan dilakukan sekiranya leher dan tekak anda mengalami masalah yang berkaitan dengan pernafasan, kelenjar tiroid membengkak dan sebagainya.
7. Pemeriksaan X Ray 2 View: Gigi dan Rahang (Dental X-ray)
Bahagian gigi dan rahang akan diimbas bagi memeriksa keadaan gigi, tulang rahang, dan masalah yang berkaitan. Lebih mudah buat X-ray 2 view ini, imej lebih lengkap dan kesilapan diagnosis boleh dielakkan.
Walaupun x ray dual view ini sering digunakan untuk tulang dan sendi, finally dengan fungsi keseluruhan, ia juga dapat memeriksa banyak organ dalaman lain dengan lebih terperinci.
Bila Perlu Lakukan X Ray 2 View?
X ray dual view biasanya dilakukan ketika berada dalam keadaan situasi tertentu untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas dan terperinci tentang organ, tulang atau bahagian tubuh yang sakit. Berikut adalah situasi utama di mana check up x ray 2 view disarankan.
1. Selepas Kemalangan Atau Trauma
Biasanya selepas kemalangan atau trauma, rawatan x ray seperti x-ray 2 view akan dilakukan bagi memeriksa sebarang kecederaan pada tulang patah, kecederaan dalaman, atau retakan kecil yang tidak jelas pada X-ray 1 view. Contohnya, kemalangan jalan raya, terjatuh dari ketinggian, atau kecederaan sukan.
2. Masalah Pernafasan Atau Paru-paru
Perlu buat X-ray 2 view juga apabila terdapat masalah pernafasan atau paru-paru seperti sesak nafas, batuk kronik ataupun sakit dada. Selain itu, ia juga dapat mengesan penyakit seperti radang paru-paru, tuberkulosis, cecair dalam rongga pleura dan sebagainya.
3. Kecederaan Pada Sendi Atau Tulang
Sekiranya terdapat kesakitan pada sendi atau tulang yang tidak diketahui puncanya, maka imbasan melalui x-ray view 2 akan dibuat bagi mengesan beberapa penyakit. Antara kecederaan atau urgent bila anda yang perlu buat x ray 2 view ini adalah jika berlaku arthritis, sakit sendi, retakan kecil pada tulang dan banyak lagi.
4. Masalah Abdomen Atau Saluran Pencernaan
Masalah pada saluran pencernaan atau abdomen juga akan memerlukan pemeriksaan x ray yang menggunakan x ray 2 view. Sekiranya terdapat gejala seperti sakit perut kronik, bengkak abdomen, atau muntah berulang, memang penting buat x ray 2 view.
Selain itu, masih ada yang tertanya, buat x ray untuk apa? Sudah pasti untuk mengesan penyakit batu karang, batu pundi hempedu, atau halangan usus daripada imbasan di bahagian saluran pencernaan dan abdomen. Kebanyakan penyakit memang penting untuk kita buat x ray 2 view, namun pastikan selamat.
5. Sakit Leher Atau Tulang Belakang
Sakit leher atau tulang belakang juga antara penyebab berlakunya masalah struktur tulang belakang, scoliosis ataupun slip disc. Jadi, x ray leher dan x ray tulang belakang juga boleh dilakukan bagi mengenalpasti masalah penyakit yang akan berlaku.
6. Masalah Gigi Atau Rahang
Jika mengalami sakit gigi yang teruk, bengkak pada rahang, atau kerosakan gigi yang serius, maka pemeriksaan x ray 2 view perlu dilakukan. Biasanya, kita akan lihat x ray 2 view digunakan semasa pemeriksaan pra-pembedahan pergigian ataupun berkaitan dengan masalah rahang.
7. Pemeriksaan Objek Asing
Siapa sangka, ujian x ray dual view ini juga akan dilakukan sekiranya terdapat kecurigaan objek asing dalam saluran pernafasan, perut, atau tekak. Imej daripada x ray 2 view ini akan mengesan keberadaan objek tersebut yang berada di dalam tubuh badan kita.
8. Pemeriksaan Susulan Penyakit Kronik
Selain itu, pemeriksaan susulan penyakit kronik juga akan menggunakan pemeriksaan x ray dual view ini. Dengan imbasan tersebut, ia dapat memantau perkembangan penyakit seperti tuberkulosis, tumor, atau keadaan kronik lain. Malah dapat memberi rekod imej untuk perbandingan dari masa ke masa.
Pemeriksan X Ray Di Klinik Bukit Serdang
Salah satu klinik di Selangor yang menyediakan rawatan atau perkhidmatan pemeriksaan x ray adalah klinik Bukit Serdang. Klinik ini merupakan antara salah satu klinik yang menjadi pilihan ramai di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur kerana kualiti dan servis yang sangat memuaskan.
Klinik Bukit Serdang turut menyediakan pemeriksaan x-ray 2 view yang sangat penting untuk check up masalah tulang, organ atau bahagian tubuh badan anda yang sakit. Rata-rata pesakit memberi maklum balas yang sangat memuaskan dan berpuas hati buat pemeriksaan x ray di klinik ini.
Perkhidmatan Pemeriksaan X Ray 1 View Dan X Ray 2 View Di Klinik Bukit Serdang
Di Klinik Bukit Serdang, anda boleh melakukan pemeriksaan x-ray 1 view seperti x-ray yang berkaitan dengan masalah dada. Sebagai contoh, sukar untuk bernafas, jantung dan sebagainya.
Selain itu, bagi anda yang terlibat dengan kemalangan atau mengalami kecederaan pada bahagian badan seperti sendi atau tulang yang berlanjutan agak lama, anda boleh buat check up x ray dual view disini untuk mendapatkan rawatan agar sembuh dengan baik.
Doktor akan menjalankan pemeriksaan X ray 2 View untuk melihat bahagian yang sakit dan diagnos penyakit anda.
Tulang retak, tulang patah, tulang cedera dan pelbagai masalah tulang atau bahagian badan yang sakit berterusan atau cedera dalaman, akan diperiksa di sini.
Jangan risau jika anda tak pasti sama ada boleh x ray atau tidak, perlu x ray atau tidak, jenis-jenis x ray di Klinik Bukit Serdang disediakan untuk memastikan masalah kesihatan anda dapat dirawat dengan baik.
Kelebihan X Ray 2 View Di Klinik Bukit Serdang
Pemeriksaan X Ray Untuk Merawat Masalah Anda
Anda boleh mendapatkan khidmat buat x ray yang sesuai dengan masalah kesihatan tulang, organ atau tubuh badan anda. Doktor akan berikan konsultasi dan khidmat nasihat untuk ada jelas masalah kesihatan anda. Sudah pasti, pemeriksaan x ray boleh dilakukan kepada anda.
Jika anda ragu-ragu tidak tahu masalah yang anda alami seperti tulang retak, tulang patah atau tulang cedera, buat x ray 2 view di klinik Bukit Serdang. Mudah kan!
Doktor Dan Staf Profesional
Bagi anda yang membuat rawatan x-ray 2 view di Klinik Bukit Serdang, anda tidak akan menyesal dengan layanan doktor dan staf yang diberikan. Doktor berpengalaman yang sangat cekap semasa melakukan rawatan. Ramai suka dengan layanan profesional yang diberikan.
Harga Berpatutan, Proses Sangat Mudah Dan Cepat
Di samping itu, pesakit-pesakit yang datang ke sini juga amat berpuas hati dengan keputusan x ray 2 view yang amat tepat dan harganya pula tidak terlalu mahal. Of course harga sangat berpatutan sekaligus dapat menyelesaikan masalah kesihatan anda dan prosesnya turut mudah dan pantas. Sekejap sahaja dah siap.
Buat Appointment Atau Boleh Terus Datang
Jika nak mudah, terus buat appointment dahulu. Tak perlu tunggu lama, nanti boleh terus jumpa doktor. Tapi jika anda last minute, nak terus walk-in datang klinik pun boleh. Klinik Bukit Serdang juga memberi rawatan last minute atau urgent, yang penting terus datang supaya dapat dibantu.
Apa Kata Mereka Yang Telah Buat Pemeriksaan X Ray Di Klinik Bukit Serdang?
Pesakit yang pernah datang ke Klinik Bukit Serdang memberi maklum balas terhadap servis klinik dan pengalaman yang telah mereka lalui. Alhamdulillah, ramai berpuas hati dengan perkhidmatan X Ray yang ada di sini.
Menariknya, di klinik ini terdapat pelbagai mesin dan peralatan yang bertaraf tinggi serta berkualiti bagi memastikan keputusan pemeriksaan dapat diperoleh dengan pantas kepada pesakit.
To sum up, memang berbaloi sangat dengan konsultasi yang diberikan, kualitinya lebih dari apa yang pesakit bayar. Ini salah satu feedback pesakit yang mendapatkan rawatan di sini. Jom baca antara feedback yang diberikan.
Waktu Operasi X-RAY Klinik Bukit Serdang
Klinik Bukit Serdang beroperasi setiap hari, bermula dari jam 8 pagi sehingga 9 malam. Anda boleh buat appointment atau terus walkin ke sini untuk pemeriksaan X Ray.
Hubungi sekarang: 0172935977
Tekan WhatsApp: 0172935977
Alamat:
Klinik Bukit Serdang,
Lot B, G-40, Jalan PBS 14/1,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Facebook: Klinik Bukit Serdang
Instagram: Klinik Bukit Serdang
Jom baca juga:
Proses Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik (Panduan Lengkap)