Medical Check Up Haji Umrah 2025/2026 | Panduan Kesihatan Lengkap
Menjalani medical check up haji untuk ibadah haji dan umrah di klinik pemeriksaan kesihatan haji menjadi checklist penting persiapan haji anda. Sememangnya menunaikan haji dan umrah merupakan impian setiap umat Islam tetapi perjalanan ke Tanah Suci memerlukan persiapan fizikal dan mental yang rapi.
Buat medical check up haji umrah adalah wajib sebagai salah satu syarat pergi haji. Seperti yang kita tahu, medical check up haji dan umrah ini sangat penting bagi memastikan jemaah berada dalam keadaan yang sihat. Barulah mampu melaksanakan ibadah dengan baik di Tanah Suci!
Syarat Kemasukan Haji Dan Umrah Di Tanah Suci
Untuk pengetahuan anda, medical check up haji ini sangat penting untuk mencegah penularan penyakit berjangkit seperti COVID-19, influenza, meningitis dan pelbagai jenis virus lain lagi. Maklumlah, menunaikan haji dan umrah membuatkan kita semua bertemu dengan terlalu ramai orang seluruh dunia.
Arab Saudi turut mewajibkan vaksinasi tertentu sebagai syarat kemasukan ke negara Arab bagi menjaga kesihatan para jemaah semua. Jadi, sebab itu sangat penting kita menjalani medical check up haji dan vaksin haji sebagai perkara utama yang wajib.
Tips Kesihatan Untuk Bakal Haji Dan Umrah
Sebelum ketahui bagaimana cara melakukan medical check up haji umrah, ada beberapa tips kesihatan untuk bakal haji dan umrah.
Biasanya, jemaah haji atau umrah akan mengalami risiko penyakit semasa atau setelah pulang dari Tanah Suci. Penyakit ini berpunca daripada cuaca kering dan panas di Kota Mekah, suasana yang padat dengan ramai orang dan sebagainya.
Menurut sumber Berita Harian yang dikeluarkan oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi pada 12 Mei 2024, warga emas akan lebih mudah mendapatkan pelbagai jenis penyakit ketika mengerjakan haji dan umrah.
Antara risiko penyakit yang sering dialami oleh jemaah haji dan umrah adalah:
- Batuk
- Selsema
- Demam
- Saluran pernafasan, susah bernafas
- Kulit mengelupas
- Sakit kaki
- Sakit belakang
- Penyakit berjangkit seperti meningitis dan banyak lagi
Penting untuk kita semua menjalani medical check up haji dan mengambil vaksin bagi penyakit berjangkit seperti meningococcal termasuklah pneumonia di klinik pemeriksaan kesihatan haji.
Untuk makluman anda juga, pengambilan makanan yang kurang bersih juga menjadi penyumbang kepada penyakit yang dihidapi oleh bakal jemaah haji dan umrah di sana.
Bagi warga emas pula, mereka mudah untuk terkena serangan hypertension (darah tinggi) yang disebabkan oleh stress, kekurangan rehat dan gagal untuk menyesuaikan diri dengan iklim di sana. Warga emas wajib buat medical check up haji umrah dan vaksin tertentu.
Panduan Kesihatan Umrah Dan Haji
Wajib tahu bagaimana untuk memastikan anda kekal sihat di Tanah Suci, ini antara panduan kesihatan umrah dan haji yang perlu dipandang dengan serius.
1. Bawa Ubat-ubatan Yang Mencukupi
Bagi anda yang mempunyai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan pelbagai jenis penyakit kronik, wajib bawa ubat-ubatan. Jika ada penyakit atau berisiko mendapat penyakit, cegah sebelum terkena.
Ikuti panduan kesihatan haji ini dengan menjaga diri sebagai jemaah haji dan umrah supaya sentiasa sihat.
2. Makan Secara Teratur
Bukan hanya menyerahkan pada pemeriksaan kesihatan haji umrah semata-mata, tetapi pemakanan juga perlu dijaga. Jangan lupa makan secara teratur bagi memastikan sistem pencernaan tidak terganggu. Pastikan juga anda memilih gerai atau tempat makan yang bersih.
3. Rehat Dan Tidur Secukupnya
Ketika menunaikan haji dan umrah, ia sangat memenatkan bagi anda yang sudah memasuki usia 50-an ke atas. Jadi, rehat dan tidur secukupnya bagi memastikan badan tidak letih dan penat.
Dengan badan yang bertenaga, bukan sahaja ibadah haji anda berjalan dengan lancar, tetapi dapat mengekalkan emosi anda dengan stabil dan tidak stress.
4. Sentiasa Memakai Mask
Kita tahu bahawa terdapat pelbagai jenis virus pada masa kini yang berbahaya di serata dunia. Jadi, pastikan sentiasa memakai mask ketika menunaikan umrah dan haji bagi mengelakkan terkena jangkitan virus tersebut. Ini sebagai langkah berjaga-jaga selain dari menjalani pemeriksaan kesihatan haji.
Selain itu, sediakan hand sanitizer dan wet tissue juga untuk menjaga kebersihan diri juga adalah tips kesihatan menunaikan haji dan umrah.
5. Minum Air Secukupnya
Oleh kerana cuaca di sana agak panas, jangan lupa untuk meminum air dengan secukupnya. Nak lagi bagus, minumlah air zam-zam kerana ianya sangat bersih dan kaya dengan sumber mineral.
Tahukah anda, air zam-zam juga mampu memastikan badan kekal bertenaga dan dapat merawat peredaran darah dalam tubuh badan?
6. Mengamalkan Makanan Sunnah
Sekiranya anda tidak sempat untuk mengatur waktu makan dengan baik, jangan lupa membawa sekali buah kurma untuk dijadikan makanan ketika menunaikan ibadah haji atau umrah. Ini adalah antara tips kesihatan haji ramai perlu tahu.
Untuk pengetahuan anda, dengan memakan makanan sunnah seperti buah kurma ajwa dapat memberikan tenaga, menguatkan stamina dan tubuh badan kekal cergas.
7. Sentiasa Menggunakan Moisturizer
Kita tahu bahawa keadaan cuaca di sana yang panas membuatkan kulit kita menjadi kering dan mengelupas. Haba sangat panas!
Oleh itu, pastikan anda sentiasa menggunakan moisturizer bagi mengekalkan kelembapan kulit agar kekal sihat dan lembap. Panduan kesihatan haji ini sangat penting sebagai langkah penjagaan kesihatan anda.
8. Bawa Minyak Urut (Minyak Panas)
Tips kesihatan pergi haji seterusnya adalah jangan lupa bawa minyak urut atau minyak panas untuk digunakan ketika berada di sana. Badan jadi lenguh-lenguh dan sakit kerana seharian berjalan semasa mengerjakan ibadah haji dan umrah.
9. Pergi Ke Tempat Yang Menyediakan Kerusi Urut
Sekiranya menyapu minyak, pastikan anda juga ke tempat yang menyediakan kerusi urut. Ibadah haji atau umrah pasti akan terganggu sekiranya badan tidak bermaya. Anda boleh mendapatkan sedikit urutan untuk keselesaan dan kelegaan tubuh. Setuju?
Tips kesihatan untuk bakal jemaah haji dan umrah ini dikongsikan oleh Doktor Reezal dari Klinik Bukit Serdang. Tips persiapan haji dan umrah dari segi ubat-ubatan yang perlu dibawa serta pemeriksaan kesihatan juga dikongsikan oleh beliau dalam Podcast baru-baru ini.
Antara tips lain adalah, kurangkan garam dalam pemakanan, dapatkan tidur yang cukup, pastikan anda mengamalkan ubat dengan betul jika anda mempunyai masalah kesihatan sebelumnya. Jaga kesihatan bermula dari sekarang ya!
Adakah Medical Check Up Haji Dan Umrah Wajib?
Amat penting untuk menjalani medical check up haji dan umrah kerana kita perlukan tubuh badan yang sihat dan bebas daripada sebarang penyakit berjangkit ketika berada di sana. Semasa melakukan ibadah tersebut, kita perlu tahu yang kita sihat.
Jadi, buat medical check up haji dan umrah ini sememangnya proses yang wajib dilakukan oleh kita sebelum ke negara Arab tersebut. Bukan itu sahaja, malah pengambilan vaksin juga wajib dilakukan untuk semua jemaah haji dan umrah.
Apakah Proses Medical Check Up Haji Umrah Dan Siapa Yang Perlu Lakukannya?
Ini ramai yang kurang jelas, proses medical check up haji dan umrah ini boleh dilakukan di klinik pemeriksaan kesihatan haji dengan beberapa proses. Semasa di klinik, bagi pemeriksaan kesihatan haji, anda akan menjalani pemeriksaan fizikal yang meliputi ujian tekanan darah, ujian air kencing dan sebagainya.
Bagi vaksin pula, anda wajib mengambil vaksin meningococcal selaku bakal jemaah haji. Jika berusia 65 tahun ke atas, vaksin meningococcal dan juga vaksin influenza wajib dilakukan. Tanpa vaksin, risiko untuk mendapat pelbagai jangkitan amatlah tinggi disana.
Pemeriksaan kesihatan haji mempunyai tempoh tertentu. Anda masih boleh gunakan keputusan medical check up ini selagi belum tamat tempoh.
Bahaya Tak Buat Medical Check Up Haji Dan Vaksin Haji!
Ini antara sebab anda perlu lakukan pemeriksaan kesihatan haji dan umrah sebelum menunaikan ibadah haji dan umrah.
Medical Check Up Membuktikan Kesihatan Yang Optimum
Pemeriksaan medical check up haji dan vaksin haji sangat penting untuk memastikan jemaah haji berada dalam kesihatan yang optimum. Selain itu, segala status kesihatan juga dapat diketahui sebelum berangkat ke Tanah Suci melalui buku rawatan jemaah haji.
Untuk makluman anda, buku rawatan haji pada masa kini sudah dibuat dalam bentuk digital yang lebih mudah dan menjimatkan masa. Rekod pemeriksaan kesihatan haji ini sangat penting!
Medical Check Up Haji Adalah Syarat Dari Kerajaan Arab Saudi
Ujian saringan kesihatan haji umrah ini telah menjadi kewajipan dalam muzakarah jemaah di seantero dunia. Pihak Kerajaan Arab Saudi mengatakan syarat utama untuk kemasukan jemaah haji ke sana adalah perlu mengambil suntikan vaksin Meningococcal terlebih dahulu.
Pengambilan vaksin haji umrah ini adalah pilihan utama bagi mengelakkan terkena penyakit berjangkit kerana risiko penyakit sangat tinggi di sana.
Medical Check Up Haji Mempunyai Tempoh Masa Yang Ditetapkan
Bagi anda yang mendapat surat tawaran haji atau umrah, anda perlu membuat pemeriksaan kesihatan haji secepatnya dan ianya adalah wajib.
Pastikan anda tidak melengahkan masa untuk membuat medical check up haji kerana surat tawaran haji hanya mempunyai tempoh dalam masa 2 minggu sahaja. Jika lambat, takut kalut pula nanti. Betul?
Peraturan dan Ketetapan Kementerian Kesihatan Malaysia Dan Tabung Haji
Untuk pengetahuan anda, prosedur pemeriksaan kesihatan jemaah haji dan umrah ini juga telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pihak Tabung Haji. Jadi sangat penting untuk kita patuhi segala peraturan yang diperlukan.
Pemeriksaan Kesihatan Haji Dan Umrah Klinik Bukit Serdang
Bagi anda yang tinggal di Selangor atau Kuala Lumpur, Klinik Bukit Serdang adalah salah satu klinik yang menawarkan medical check up haji dan umrah yang menjadi pilihan ramai. Klinik yang dipercayai ini turut menawarkan vaksin haji umrah yang diluluskan oleh syarak. InsyaAllah puas hati!
Rata-rata bakal haji yang datang ke sini amat berpuas hati kerana servis yang ditawarkan sangat bagus. Doktor Klinik Bukit Serdang sangat berpengalaman dan sentiasa memberi konsultasi yang mudah difahami serta disukai oleh pesakit yang berkunjung. Banyak ilmu yang dapat bila bersembang dengan doktor di sini.
Lengkap dengan pakej pemeriksaan kesihatan haji, vaksin haji umrah, doktor juga sangat peramah dan berpengalaman.
Proses Medical Check Up Haji Umrah Klinik Bukit Serdang
Soalan Sebelum Pemeriksaan Kesihatan Dilakukan
Sebelum memulakan proses medical check up haji, anda akan di interview atau ditanya oleh doktor tentang sebarang penyakit yang ada. Soalan yang ditanya melibatkan status kesihatan mental, kegelisahan, sukar tidur, depression, kesedihan melampau dan banyak lagi. Kedua, soalan berkaitan riwayat kesihahatan atau penyakit sebelumnya juga perlu diketahui.
Pemeriksaan Kesihatan Khas Untuk Haji Dan Umrah
Kemudian, doktor akan membuat pemeriksaan tekanan darah dan juga kadar gula dalam badan. Selepas itu, berat badan anda akan diambil dan akan diukur berdasar BMI.
Sekiranya badan mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis, buah pinggan dan lain-lain penyakit kronik, doktor akan membuat pemeriksaan ECG, x ray, ujian darah dan sebagainya lagi.
Jika anda mempunyai masalah pergerakan, doktor Klinik Bukit Serdang akan memberikan rawatan fisio. Semua pemeriksaan kesihatan ini dilakukan agar bakal jemaah berada dalam tahap kesihatan yang optimum.
Pemeriksaan kesihatan untuk haji juga melibatkan lain-lain pemeriksaan yang diperlukan. Sebagai contoh, ujian mobiliti (pergerakan) dan banyak lagi.
Pengambilan Vaksin Yang Wajib Dan Pilihan
Vaksin meningococcal dan influenza telah diwajibkan bagi jemaah yang berusia 65 tahun dan ke atas. Bagi semua bakal jemaah haji dan umrah, vaksin meningococcal adalah diwajibkan.
Pneumococcal adalah vaksin tambahan yang boleh diambil oleh semua bakal jemaah haji. Untuk kesihatan dan keselamatan, ia merupakan pilihan terbaik untuk anda. Untuk mengelakkan penyakit berkaitan pernafasan, vaksin influenza sangat disarankan.
On Site Medical Check Up Haji Umrah Dan Vaksin Haji Umrah
Pakej yang ditawarkan pula mengikut kemampuan anda dan anda akan menerima keputusan medical check up haji dengan sangat cepat. Jadi, fokus anda untuk ke Tanah Suci pasti tidak akan terganggu.
Apa yang menariknya lagi, klinik ini juga menyediakan servis pemeriksaan kesihatan haji umrah di masjid, dewan atau di mana-mana sahaja tempat yang anda inginkan bagi jemaah haji dan umrah.
Setelah selesai buat medical check up haji dan umrah, suntikan vaksin juga dilakukan. Sekejap sahaja, semuanya akan siap dengan adanya klinik pemeriksaan kesihatan haji iaitu dari Klinik Bukit Serdang.
Kelebihan Medical Check Up Haji Di Klinik Bukit Serdang
Klinik Dipercayai Dan Pilihan Ramai
Untuk makluman anda, Klinik Bukit Serdang ini sudah beroperasi lebih kurang 15 tahun dan sudah mendapat kepercayaan bagi pelanggan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Ramai yang telah berkunjung ke klinik pemeriksaan kesihatan haji dan umrah ini untuk menyelesaikan persiapan haji mereka.
Doktor Berpengalaman Dan Diiktiraf
Anda boleh mendapatkan vaksin meningococcal, pneumococcal, influenza dan sebagainya mengikut nasihat dari doktor. Doktor Klinik Bukit Serdang adalah doktor klinik medical check up haji dan umrah yang berdaftar dengan Tabung Haji, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai Nombor Pendaftaran Pemeriksa Kesihatan Bakal Haji (NPPKBH).
Harga Pakej Medical Check Up Haji Umrah Berpatutan
Harga pakej pemeriksaan kesihatan haji dan umrah yang disediakan sangat berpatutan serta fasiliti yang disediakan juga begitu lengkap. Medical check up haji boleh dilakukan dengan bajet yang sangat mampu milik. Doktor dan staff-staff di sini juga sangat ramah, cekap dan santai.
Proses Pemeriksaan Kesihatan Haji Dan Umrah Cepat Dan Pantas
Bagi anda yang tidak mempunyai waktu yang banyak, anda boleh terus walk-in ke klinik Bukit Serdang. Terus buat medical check up haji atau medical check up umrah tanpa perlu menunggu waktu yang lama.
Pakej Medical Check Up Haji Umrah | Pemeriksaan Kesihatan Haji Umrah
Klinik Bukit Serdang menawarkan pelbagai pakej pilihan yang mampu milik kepada bakal haji dan umrah. Didatangkan dengan pakej pemeriksaan kesihatan jemaah haji dan juga pakej vaksinasi bakal haji atau umrah.
Setiap pakej lengkap dengan harga untuk rujukan anda, sangat berpatutan dan mampu milik. Anda sekeluarga atau beramai-ramai boleh melakukan pemeriksaan kesihatan haji dan umrah serta mengambil suntikan vaksin di sini.
Pakej Pemeriksaan Kesihatan Jemaah Haji Klinik Bukit Serdang
Pakej Vaksin Haji Dan Umrah Klinik Bukit Serdang
Apa Kata Mereka Yang Pernah Buat Medical Check Up Haji Dan Umrah Serta Vaksin Di Sini?
Ramai bakal jemaah haji dan umrah yang telah melakukan medical check up haji di Klinik Bukit Serdang terutamanya mereka yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur. Ramai pelanggan telah beri maklum balas yang sangat positif mengenai medical check up haji di sini.
Menjalankan medical check up haji di Klinik Bukit Serdang sangat selesa, prosesnya mudah dan lancar. Bagi bakal haji yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur, anda wajib datang buat medical check up haji di klinik pemeriksaan kesihatan haji dan umrah di Selangor ini.
DAPATKAN APPOINTMENT MEDICAL CHECK UP HAJI DAN UMRAH SEKARANG!
Tekan WhatsApp: 0172935977
Hubungi sekarang: 0172935977
Alamat:
Klinik Bukit Serdang,
Lot B, G-40, Jalan PBS 14/1,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Facebook: Klinik Bukit Serdang
Instagram: Klinik Bukit Serdang
Jom baca juga:
Keselamatan Dan Kesihatan Pekerja Melalui OHD Klinik