Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik (Panduan Proses Lengkap)
Wajib buat pemeriksaan kehamilan kalau haid tak datang dan ada rasa tanda-tanda hamil!
Apatah lagi jika urine pregnancy test (UPT) telah dibuat dan mempunyai keputusan positif daripada check up kehamilan tersebut.
Jadi, apa yang perlu anda buat? Tak pasti hamil atau tidak, tetapi ada tanda-tanda hamil? Atau mungkin UPT dah positif?
Pastikan anda terus menghubungi doktor di klinik berdekatan tempat tinggal anda untuk mengatur pemeriksaan kehamilan anda. Untuk pengetahuan anda, pemeriksaan ibu hamil atau pemeriksaan antenatal adalah check up yang bermula dari awal kehamilan berlaku.
Pemeriksaan kehamilan adalah untuk memastikan kesihatan anda dan bayi sentiasa sihat. Jadi, ketika pemeriksaan check kehamilan, doktor akan pastikan semua berjalan lancar termasuklah dari segi pengambilan vitamin pra-kehamilan atau asid folik.
Apa Nak Buat Jika Ada Tanda-Tanda Hamil?
Bagi anda yang mengalami tanda-tanda kehamilan, langkah penjagaan diri dan bayi sangat penting. Selain dari buat pemeriksaan kehamilan di klinik ibu hamil yang terdekat dengan anda, pastikan anda juga menjaga diri dan ikuti tips ini.
- Ambil vitamin pra-kehamilan pada peringkat awal kehamilan. Fungsi vitamin terpenting adalah membantu tiub saraf janin membesar sehingga berkembang menjadi otak dan tulang belakang bayi.
- Mula makan makanan seimbang seperti buah-buahan, sayur-sayuran serta protein tanpa lemak dan bijirin. Anda juga boleh menjaga pemakanan dengan mengikuti tips pemakanan dan kesihatan ibu hamil.
- Jauhi minuman alkohol, rokoh dan dadah. Serta makanan yang membahayakan kandungan.
- Buat check up di klinik untuk pengesahan dan pemeriksaan kehamilan anda.
Dengan menyedari tanda-tanda awal kehamilan, anda boleh mula bersedia dari awal. Buat pemeriksaan ibu hamil dan pemeriksaan antenatal sangat penting untuk memantau kesihatan dan kandungan anda.
Check up kehamilan ini dapat menangani sebarang masalah sepanjang bayi tumbuh membesar di dalam rahim anda.
Pemeriksaan kehamilan: Pengesahan Kehamilan
Bagi para wanita yang merupakan seorang isteri yang sedang berusaha untuk hamil, pengalaman menjalani ujian kehamilan memang sesuatu moment yang paling dinanti-nanti!
Dalam zaman serba canggih ini, cara untuk ketahui keputusan sama ada anda hamil ataupun tidak adalah sangat mudah dan pantas. Cara check up kehamilan untuk pertama kali secara peribadi tidaklah rumit dan ianya di hujung jari anda sahaja!
Terdapat beberapa cara untuk mengesahkan kehamilan. Antaranya adalah seperti berikut:
1. Pemeriksaan Kehamilan: UPT
Cara pertama pemeriksaan kehamilan adalah dengan menggunakan kaedah urine pregnancy test iaitu UPT yang paling mudah. Kit ujian ini pula sangat mudah didapati di pasaran.
Untuk pengetahuan anda, keputusan kehamilan melalui UPT biasanya memberi bacaan yang tepat, yang dapat mengesahkan sama ada anda hamil atau tidak.
2. Pemeriksaan Kehamilan: Scan
Cara seterusnya untuk mengetahui sama ada pemeriksaan kehamilan tersebut berjaya ataupun tidak adalah melalui scan. Biasanya doktor akan menggunakan mesin ultrasound untuk scan bayi atau janin di dalam rahim. Anda perlu ke klinik atau usulkan kepada doktor untuk scan mengesahkan kehamilan.
3. Pemeriksaan Kehamilan: Ujian Air Kencing
Sekiranya ragu-ragu dengan kit UPT yang anda gunakan untuk check up kehamilan, anda boleh ke klinik berdekatan untuk membuat ujian air kencing. Biasanya, pemeriksaan kehamilan melalui doktor berpengalaman adalah salah satu cara yang terbaik dan keputusannya adalah sangat tepat.
Pemeriksaan Kehamilan: Pemeriksaan Antenatal (Antenatal Check Up)
Bagi wanita hamil, anda perlu melakukan pemeriksaan antenatal atau pemeriksaan ibu mengandung di klinik kesihatan berdekatan untuk menilai tahap kesihatan anda dan bayi.
Paling penting, ia juga untuk memastikan tiada masalah yang berlaku semasa tempoh kehamilan tersebut.
Namun, masih ramai lagi yang memandang remeh untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan ibu hamil di klinik kerana mereka tidak tahu betapa pentingnya memastikan kesihatan ibu dan bayi terjaga.
Pemeriksaan antenatal sering disebut oleh doktor, tapi tidak terlalu familiar bagi mereka yang hamil pertama kali. Nak tahu apa?
Apa Itu Pemeriksaan Antenatal?
Pemeriksaan antenatal merupakan pemeriksaan kehamilan penting bagi ibu hamil memastikan proses kehamilan mereka berjalan lancar. Check up kehamilan ini akan dikendalikan oleh petugas yang terlatih dan mereka juga akan memberi nasihat, mencadangkan program penjagaan pranatal dan sebagainya. Selain itu, keperluan perubatan dan psikologi ibu juga akan disediakan oleh mereka.
Bila Perlu Buat Pemeriksaan Antenatal?
Pemeriksaan antenatal selalunya dibuat dalam pelbagai fasa sepanjang kehamilan bagi mengumpulkan data penting mengenai kehamilan anda.
Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang trimester pertama (di antara minggu kesepuluh dan ketiga belas) kehamilan. Seterusnya, perancangan pemeriksaan ibu mengandung dilakukan semasa trimester kehamilan kedua dan ketiga.
Ini adalah proses pemeriksaan ibu hamil yang ramai tak tahu. Selepas check up kehamilan dan pengesahan kehamilan, pemeriksaan antenatal adalah proses penjagaan kesihatan yang memerlukan ibu hamil buat pemeriksaan di klinik. Jelas?
Proses Pemeriksaan Kehamilan: Pemeriksaan Antenatal Kali Pertama
Lawatan pertama ketika pemeriksaan antenatal adalah sebaik sahaja anda disahkan hamil. Lawatan ini sangat penting dalam mengenal pasti sebarang komplikasi kesihatan yang mungkin dialami sepanjang tempoh kehamilan. Semasa sesi soal jawab, anda akan ditanya tentang hal-hal berikut.
- Hal berkaitan kitaran haid.
- Sejarah peribadi dan keluarga.
- Sejarah perubatan atau kandungan lampau (sekiranya ada).
- Latar belakang ekonomi dan sosial.
Selain daripada sesi soal jawab, pemeriksaan fizikal dan ujian makmal juga turut dilakukan. Pendek kata, inilah proses pemeriksaan ibu hamil yang baru sahaja bermula.
Proses Pemeriksaan Kehamilan: Pemeriksaan Antenatal Susulan
Lawatan susulan pemeriksaan antenatal ini pula adalah untuk memantau dan menilai tahap kesihatan kandungan anda untuk fasa seterusnya. Dalam fasa ini, digalakkan penglibatan keluarga anda juga untuk turut datang menemani.
Ianya perlu bagi anda untuk mendapat sokongan emosi, mengetahui cara kelahiran yang terbaik dan mengenal pasti kehendak serta keperluan ibu mengandung. Antara aktiviti yang akan dilakukan semasa lawatan ini adalah seperti berikut.
- Sejarah ringkas mengenai lawatan akhir pranatal (seperti yang telah direkodkan).
- Pengambilan berat badan, tekanan darah dan juga ujian air kencing.
- Mengukur dan merekod ketinggian rahim dan kedudukan janin.
- Akan dinilai selepas kandungan berusia 32 minggu dan sekiranya kedudukan janin tidak tepat, pemeriksaan ultrasound untuk mengenal pasti kedudukan uri akan dilakukan.
- Merekod denyutan jantung janin.
- Imunisasi (diberikan apabila sampai tempoh).
Tempoh Kekerapan Pemeriksaan Antenatal
Bagi memastikan tempoh kehamilan yang selamat dan lancar, pemeriksaan kehamilan ini perlu dilakukan secara berkala dan lawatan pemeriksaan antenatal yang biasa dicadangkan adalah seperti berikut:
Trimester Pertama (0-12 minggu)
Lawatan pertama untuk pemeriksaan ibu hamil adalah sekitar 6-8 minggu selepas haid terakhir. Ini merupakan pemeriksaan awal kehamilah termasuklah pengesahan kehamilan dan pemeriksaan kesihatan ibu hamil (tekanan darah, berat badan, ujian darah, ujian air kencing, ultrasound atau ransvaginal scan).
Trimester Kedua (13-27 minggu)
Tempoh pemeriksaan antenatal seterusnya adalah lawatan setiap 2 minggu sekali. Lawatan antenatal ini fokus pada ujian darah (jika perlu), pengukuran tekanan darah, berat bedan dan pengesanan diabetes kehamilan pada minggu ke 24-28. Check up kehamilan ini akan memeriksa perkembangan janin melalui ultrasound.
Trimester Ketiga (28-40 minggu)
Lawatan untuk check up antenatal ini setiap 2 minggu dari 28-40 minggu, secara mingguan iaitu dari 36 minggu sehingga bersalin. Proses pemeriksaan ibu hamil ini fokus menjaga kedudukan janin, denyutan jantung baru serta memastikan jika ada tanda kelahiran pramatang.
Jenis Pemeriksaan Antenatal Yang Perlu Dilakukan
Pemeriksaan kehamilan ini biasanya menggunakan pendekatan yang merangkumi ultrasound, ujian darah dan sebagainya di Malaysia.
Berikut adalah latihan pemeriksaan antenatal yang sering dilakukan.
1. Ujian Darah
Pelbagai ujian darah dijalankan untuk menilai kesihatan ibu bagi mengenal pasti jenis darah, faktor Rh, kehadiran hemoglobin rendah, jangkitan (Hepatitis B, Sifilis, HIV) dan imuniti terhadap penyakit tertentu.
Pemeriksaan ibu hamil ini juga dilakukan untuk mengukur protein plasma berkaitan kehamilan bagi memastikan bayi tidak mengalami gangguan kromosom.
2. Imbasan Ultrabunyi
Imbasan ultrabunyi adalah komponen penting bagi memeriksa pertumbuhan dan keadaan semasa bayi. Ia akan dilakukan sebagai proses pemeriksaan ibu hamil untuk memastikan kesihatan bayi sangat sihat dan selamat.
3. Ujian Nuchal Translucency
Salah satu pemeriksaan antenatal adalah ujian Nuchal Translucency. Pemeriksaan ibu mengandung ini dilakukan untuk mengenalpasti sebarang penyakit yang berlaku kepada bayi anda. Biasanya, imbasan ini akan dilakukan dalam tempoh 11 hingga 14 minggu kehamilan.
4. Imbasan Anomali Janin
Imbasan anomali janin adalah imbasan rutin yang dilakukan dalam minggu 20 hingga 24 kehamilan anda bagi menilai anatomi janin dan mengesan keabnormalan struktur janin.
5. Ujian glukosa
Biasanya ujian glukosa ini dilakukan semasa pemeriksaan ibu hamil dalam membantu mengenal pasti sama ada mempunyai diabetes ataupun tidak semasa hamil. Ini merupakan salah satu antenatal check up untuk ibu mengandung.
6. Pemeriksaan Strep Kumpulan B
Pemeriksaan kehamilan ini pula dilakukan bagi mengenal pasti kehadiran bakteria streptokokus kumpulan B, yang boleh menimbulkan risiko kepada bayi baru lahir. Ia sering dilakukan di antara 36 dan 38 minggu kehamilan.
7. Pemantauan Janin
Proses pemeriksaan ibu mengandung seterusnya adalah pemantauan janin. Biasanya ia melibatkan penggunaan peranti Doppler untuk mendengar degupan jantung dan mengesan perubahan dalam degupan jantung bayi.
Sekiranya mengalami sebarang masalah, mungkin cadangan bersalin secara pembedahan caesarean (C-section) terpaksa dilakukan bagi menyelamatkan bayi tersebut.
Pemeriksaan Kehamilan: Proses Postnatal Selepas Bersalin
Pertubuhan kesihatan dunia atau World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa rawatan postnatal selepas bersalin perlu dilakukan oleh ibu dan bayi. Ia demi menjaga kesihatan ibu dan bayi yang baru lahir dan mengurangkan kadar kematian kepada ibu atau bayi tersebut.
Apa Itu Postnatal (Penjagaan Selepas Bersalin)?
Untuk pengetahuan anda, postnatal adalah tempoh masa selepas kelahiran sehingga tubuh serta rahim ibu bersalin kembali normal selepas bersalin. Nak mudah faham, postnatal adalah proses berpantang selepas melahirkan bayi yang biasanya berlanjutan sehingga 42 hari. Rawatan postnatal penting untuk memulihkan emosi, tenaga dan juga kesihatan fizikal wanita.
Jenis Rawatan Postnatal Ibu Bersalin
Antara tips untuk berpantang atau mendapatkan rawatan postnatal adalah seperti berikut:
- Rehat dan tidur yang cukup.
- Makan makanan yang sihat, seimbang dan kaya dengan pelbagai zat.
- Melakukan sedikit senaman ringan untuk kurangkan stress.
- Minum air yang cukup untuk meningkatkan jumlah susu badan.
- Makan supplement atau ubat mengikut nasihat doktor.
Jom Buat Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik Bukit Serdang
Bagi anda yang tinggal di kawasan Selangor, Kuala Lumpur atau yang berdekatan, anda boleh datang ke Klinik Bukit Serdang yang merupakan salah satu klinik kesihatan yang menawarkan pemeriksaan ibu hamil.
Di sini, anda boleh buat check up kehamilan, pemeriksaan antenatal, check kandungan dan sebagainya. Peralatan di sini juga sangat lengkap dengan ultrasound, scan biasa, scan 5D dan banyak lagi peralatan untuk pemeriksaan kehamilan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau kemusykilan berkaitan dengan keadaan kandungan anda, doktor di Klinik Bukit Serdang ini sangat pakar dan berpengalaman serta sentiasa sedia membantu anda!
Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik Bukit Serdang
Klinik Bukit Serdang ini mempunyai medical check up bagi membantu ibu hamil bermula dari pengesahan kehamilan sehinggalah tempoh minggu untuk melahirkan.
Jadi, apabila dah tahu mengandung, bolehlah terus dapatkan result kehamilan dengan lebih tepat melalui proses yang betul di klinik Bukit Serdang ini.
Biasanya doktor akan suggest buat pemeriksaan kehamilan mengikut kesesuaian individu. Proses pemeriksaan ibu hamil yang ditawarkan adalah seperti berikut.
- Scan kandungan
- Ujian air kencing
- Ujian darah
- Pregnancy ultrasound
- Konsultansi
Selain itu, banyak lagi proses pemeriksaan ibu mengandung yang boleh anda alami di sini. Pasti ia merupakan kenangan terbaik dalam journey pregnant anda.
Peralatan yang disediakan adalah cukup lengkap serta doktor dan staff di klinik ini sangat cekap dalam memeriksa ibu mengandung. Malah, ibu-ibu akan berasa selesa selama mendapatkan rawatan di sini.
Pemeriksaan Antenatal Di Klinik Bukit Serdang
Bagi anda yang ingin melakukan pemeriksaan antenatal untuk kandungan anda, wajib untuk anda datang ke Klinik Bukit Serdang kerana klinik ini menyediakan pelbagai kemudahan bagi membuat pemeriksaan ibu hamil. Dari minggu pertama atau selepas tahu hamil, sampailah rawatan postnatal, anda boleh dapatkan rawatan di klinik ini.
Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan bayi kuning, masalah diabetes semasa hamil dan lain-lain masalah berkaitan dengan kehamilan, anda akan sangat berpuas hati dengan bantuan doktor di sini.
Bukan sahaja proses pemeriksaan antenatal yang lengkap dan profesional, malah ada sesi kaunseling bagi ibu hamil yang sangat membantu menjaga emosi dan kesihatan anda.
Anda Di Awal Kehamilan Dan Menghadapi Situasi Bermasalah?
Sebelum datang check up kehamilan dan buat pemeriksaan antenatal, adakah anda mengalami situasi yang bermasalah seperti period belum datang atau buat upt sudah positif tetapi masih ada pendarahan? Atau masalah lain?
Jangan risau, apa sahaja masalah kehamilan anda, doktor Klinik Bukit Serdang akan membantu anda sehabis baik. Baik situasi yang berkaitan, doktor klinik Bukit Serdang akan sarankan anda untuk buat ultrasound atau scan early pregnancy.
Scan early pregnancy ini diperlukan untuk,
- Mengesahkan bahawa kehamilan anda akan berkembang secara normal.
- Mengetahui anda mengandung dan bayi selamat di dalam kantung atau tidak.
- Menentukan usia kandungan dengan menilai saiz fetus.
- Dapat menjangka tarikh bersalin dengan betul.
Pemeriksaan Kehamilan Mengikut Situasi Kandungan Anda
Sekiranya anda mempunyai masalah atau tidak pasti tentang kehamilan anda, datang terus ke Klinik Bukit Serdang. Doktor akan melakukan pemeriksaan yang sesuai untuk anda.
Klinik Bukit Serdang juga menyediakan perkhidmatan ultrasound untuk kehamilan awal dan pakej lengkap untuk medical check up ibu mengandung. Dari awal kehamilan sehinggalah antenatal minggu akhir, semuanya boleh diperiksa di sini.
Pemeriksaan Kehamilan Pakej Detail Scan Di Klinik Bukit Serdang
Bagi ibu hamil yang datang buat check up di klinik, pemeriksaan kehamilan juga termasuklah anda boleh melihat bayi dengan pakej scan yang telah disediakan. Ia bukan semata-mata untuk memastikan kandungan sihat sahaja, tetapi banyak sebab anda wajib buat scan untuk bayi anda.
Kepentingan Scan Kandungan Ibu Hamil
- Mengenal pasti jantina bayi.
- Melihat situasi kandungan dengan jelas.
- Tengok rupa dan wajah bayi.
- Melihat keadaan bayi di dalam kandungan.
- Melihat anggota bayi secara terperinci dan memastikan pembesaran bayi normal.
- Memantau tumbesaran bayi bermula dari kandungan.
- Merakam detik tumbesaran bayi dengan jelas (ultrasound 5D).
- Menentukan kedudukan bayi dan plasenta.
- Memastikan usia kehamilan.
- Memeriksa kesihatan rahim dan serviks.
- Sebagai panduan dan prosedur kesihatan ibu dan bayi.
Keseronokan Anda Dan Pasangan Melihat Bayi Dalam Kandungan Di Klinik Bukit Serdang
Ibu-ibu bukan sahaja gembira mengetahui kesihatan bayi di dalam kandungan, tetapi seronok sangat-sangat bila dapat merakam moment-moment melihat wajah dan rupa bayi.
Syukur, seronok dan penuh dengan keterujaan apabila anda dan suami masing-masing dapat mengalami detik melihat bayi bersama. Klinik Bukit Serdang sangat meraikan kegembiraan anda bersama pasangan dan memastikan ini menjadi kenangan yang sangat indah dan bermakna buat anda.
Pakej Pemeriksaan Kehamilan Ibu Dan Bayi
Menarik bukan? Berikut adalah pakej detail scan yang boleh anda lakukan di Klinik Bukit Serdang, Selangor ini.
- Scan 2D
- Scan 3D
- Scan 4D
- Scan 5HD
- Detail Scan
- Details Scan dan Sonographer
- Detail Scan dan 5D dengan Sonographer
- Details Scan + 3D4D
- Details Scan + 5HD
Juga disarankan buat pemeriksaan seperti berikut mengikut situasi dan keadaan kandungan anda.
- 2D Scan @ Growth scan (5 minggu sehingga 38 minggu)
- Detail Scan (19 minggu sehingga 27 minggu)
- 3D/4D/5D (23 minggu sehingga 32 minggu)
- Pakej detail scan + 3D/4D/5D (23 minggu sehingga 27 minggu)
Selain dari pemeriksaan kehamilan, antenatal dan postnatal, anda juga boleh mendapatkan suntikan vaksin bayi dan kanak-kanak di Klinik Bukit Serdang ini. Vaksin anak akan memastikan tubuh sukar dijangkiti penyakit dan merangsang sistem imunisasi terhadap penyakit khusus.
Sebab Perlu Buat Pemeriksaan Ibu Hamil Di Klinik Bukit Serdang
Proses Pemeriksaan Kesihatan Ibu Mengandung Dan Peralatan Yang Lengkap
Pelbagai jenis ujian pemeriksaan kehamilan seperti scan bayi, ultrasound, ujian glukosa, ujian darah dan sebagainya boleh dilakukan di klinik ini. Proses pemeriksaan ibu hamil di klinik yang dipercayai dan menjadi pilihan ramai di Selangor ini sangat tersusun dan mudah.
Proses pemeriksaan ibu hamil di sini juga mengikut ‘step by step’ yang bermula daripada pemeriksaan kehamilan, pemeriksaan antenatal dan akhirnya rawatan selepas bersalin juga turut disediakan.
Pemeriksaan Dan Rawatan Untuk Ibu Dan Bayi
Sekiranya bayi anda mengalami masalah penyakit kuning juga, anda boleh mendapatkan rawatan di sini. Pendek kata, klinik Bukit Serdang bukan sahaja merawat ibu hamil dan bersalin, tetapi anak dan bayi juga boleh mendapatkan rawatan di sini.
Doktor Pakar Dan Berpengalaman
Bukan itu sahaja, doktor klinik ini pakar dan berpengalaman. Staff di sini juga sangat ramah. Banyak berkongsi ilmu, tips dan nasihat yang berguna. Apa sahaja kemusykilan anda, tanya dan beritahu sahaja, sangat best sebab doktor dan staf akan bantu anda sebaiknya.
Pilihan Doktor, Appointment Atau Terus Walk In
Bukan itu sahaja, jika anda inginkan doktor perempuan, anda boleh buat appointment dan request doktor perempuan! Klinik Bukit Serdang pastikan anda berpuas hati. Kalau nak terus datang walk in untuk buat pemeriksaan ibu mengandung pun tiada masalah.
Harga Berpatutan Dan Servis Terbaik
Bagaimana pula dengan harganya? Pakej rawatan dan pemeriksaan kehamilan yang sangat mampu milik boleh anda dapatkan di Selangor. Malah, servis yang ditawarkan oleh klinik ini sememangnya terbaik. Suasana dan layanan yang diberikan amat mesra pelanggan, jadi anda boleh datang bila-bila masa sahaja sekiranya mempunyai masalah sepanjang kehamilan.
Dah Tahu Atau Belum Pasti Hamil, Cepat-Cepat Datang Ke Klinik Bukit Serdang
Jangan runsing dan gundah, sama ada hamil atau ingin buat pengesahan kehamilan, anda boleh datang terus ke klinik Bukit Serdang. Jika hamil, pemeriksaan kehamilan di sini pasti akan memudahkan urusan anda dan bayi.
Apa Kata Mereka Yang Telah Melakukan Pemeriksaan Kehamilan Di Klinik Bukit Serdang?
Ibu-ibu gembira sangat dapat buat pemeriksaan yang mereka mahukan, nak lihat bayi membesar dengan happy dalam perut. Nak ada moment-moment bayi sejak dalam perut lagi. Semuanya mereka dapat di sini.
Apa sahaja check up untuk ibu hamil, semuanya lengkap. Nak terus scan lihat masalah yang tidak normal pada ibu dan bayi pun boleh. Malah, ibu-ibu puas dapat lihat anak yang dikandung membesar dengan sihat.
Ramai yang seronok sangat selepas datang buat pemeriksaan kehamilan di Klinik Bukit Serdang. Tak perlu risau dan bimbang, anda pasti selesa dan gembira mendapatkan pemeriksaan antenatal dan menggunakan khidmat kami.
Jom lihat apa kata mereka yang telah menjalankan pemeriksaan kehamilan di sini.
Waktu Operasi Klinik Bukit Serdang:
Dibuka setiap hari, klinik kami beroperasi dari jam 8 pagi sehingga 9 malam. Jom datang ke Klinik Bukit Serdang untuk buat pemeriksaan kehamilan anda sekarang!
Hubungi sekarang: 0172935977
Tekan WhatsApp: 0172935977
Alamat:
Klinik Bukit Serdang,
Lot B, G-40, Jalan PBS 14/1,
Taman Perindustrian Bukit Serdang,
43300 Seri Kembangan, Selangor.
Facebook: Klinik Bukit Serdang
Instagram: Klinik Bukit Serdang
Jom baca juga:
Vaksin Haji Dan Proses Mendapatkan Vaksin Haji Umrah
Kenapa Pre-FOMEMA Medical Check Up Diperlukan?